LONDON: Kaka dari Brazil baru sahaja memenangi anugerah Pemain Terbaik Fifa 2007 tetapi ia adalah saat yang janggal di atas pentas semasa acara penyampaian itu berlangsung.

Di sebelahnya Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang ketika itu masih muda, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Tetapi legenda Brazil, mendiang Pele tersilap menyerahkan trofi untuk tempat kedua kepada Ronaldo dalam acara yang berlansung di Rumah Opera Zurich pada ketika itu.

Presiden Fifa Sepp Blatter terpaksa campur tangan untuk meminta kedua-dua mereka menukar trofi, dengan kedua-duanya kelihatan tidak terkesan. Namun situasi tersebut kemudian menjadi tular sejak itu.

Sepanjang 10 tahun kemudian, Messi atau Ronaldo memenangi setiap anugerah Ballon d’Or dan Fifa. Malah sejak 2007, 20 daripada 29 trofi yang dianugerahkan untuk pemain terbaik Eropah telah menjadi milik salah seorang daripada mereka.

Secara bersama kededua Messi dan Ronaldo telah hampir menjadingkan 2,000 gol sepanjang kerjaya mereka, menjulang 85 trofi bagi kelab dan negara serta anugerah dan rekod individu yang tidak terkira banyaknya.

Sudah pasti Messi dan Ronaldo akan dikenang selama-lamanya sebagai dua daripada pemain bola sepak yang paling terkenal dalam sejarah.

Ia adalah persaingan yang telah mentakrifkan dua dekad terakhir bola sepak, melampaui kelab, negara dan pertandingan dalam membentuk semula cara bola sepak – cara ia dimainkan dan dibahaskan di seluruh dunia.

“Dua pemain seperti mereka, bersaing di peringkat itu selama bertahun-tahun, bertarung merebut Ballon d’Or dan menjaringkan gol sebanyak itu... Saya tidak fikir kita akan melihatnya lagi,” kata pemenang Piala Dunia pasukan Argentina, Angel di Maria, yang sudah bermain di samping kedua-dua pemain handalan itu, dalam dokumentari baharu BBC Sport, Rivals: Messi v Ronaldo.

Didorong dengan semangat mengejar trofi, rekod dan keinginan tanpa henti untuk menjadi yang terbaik, pasangan itu – berkemungkinan akan membuat penampilan terakhir Piala Dunia kali ini – telah mendorong satu sama lain ke tahap yang lebih tinggi.

Ia adalah saingan yang melangkaui perdebatan ‘terhebat sepanjang zaman’ yang telah mereka cetuskan.

“Mereka berdua mengubah (corak permainan) bola sepak,” kata Di Maria.

Tanya sahaja peminat, siapa di antara kededua pemain tersebut yang paling hebat dan sudah pasti jawapannya sukar dicari.

“Ia mesti Ronaldo,” kata bekas rakan sepasukan Manchester United, Rio Ferdinand.

“Messi adalah yang terbaik pernah ada,” tegas bekas pemain dan pengurus Barcelona, ​​Xavi.

Ronaldo pernah menyatakan pada 2012:

“Anda tidak boleh membandingkan Ferrari dengan Porsche. Ia adalah enjin yang berbeza. Sesetengah orang berkata saya lebih baik, sesetengah orang berkata dia (Messi) lebih baik. Mereka akan memutuskan siapa yang lebih baik pada masa ini dan saya fikir ia adalah saya.”

Jika dinilai berdasarkan jumlah gol atau trofi Liga Juara-Juara, Ronaldo mendahului. Jika ia Ballons d’Or atau jumlah trofi, Messi berada di hadapan.

Bagi sesetengah pihak, Ronaldo mendahului apabila beliau membantu Portugal menjulang Kejohanan Eropah pada 2016, tetapi Messi telah membimbing Argentina memenangi dua kejuaraan Copa America dan Piala Dunia.

“Bagi saya, Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah dan Cristiano adalah penjaring gol terhebat dalam sejarah,” kata pakar bola sepak Sepanyol Guillem Balague, yang telah menulis biografi kedua-dua pemain.

Dan Deco, yang bermain dengan Ronaldo dalam skuad Portugal dan Messi dalam kelab Barcelona, ​​berkata:

“Mereka istimewa. Mereka sama sekali berbeza daripada yang lain. Bukan perkara biasa untuk berada di tahap sebegini selama ini.

“Setiap tahun, terdapat ramai pemain yang melakukan perkara yang menakjubkan selama beberapa tahun, tetapi menjadi hampir 20 tahun bukanlah perkara biasa.” – Agensi berita.