Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Tinju Antarabangsa gesa persekutuan ambil tindakan terhadap IOC

Oct 8, 2024 | 4:20 PM
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan bahawa sukan Tinju tidak akan diadakan di Sukan Los Angeles 2028 jika persekutuan kebangsaan gagal melantik badan antarabangsa baru. 
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan bahawa sukan Tinju tidak akan diadakan di Sukan Los Angeles 2028 jika persekutuan kebangsaan gagal melantik badan antarabangsa baru.  - Foto REUTERS

LAUSANNE (Switzerland): Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) menggesa persekutuan kebangsaannya pada 7 Oktober untuk menyertai tindakan undang-undang di Switzerland menentang perkara yang dipanggil “tingkah laku kesat” penganjur Olimpik.

IBA dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bertelagah sejak badan tinju itu, yang diketuai oleh Umar Kremlev dari Russia, dilucutkan pengiktirafannya pada 2023 akibat kegagalan untuk melaksanakan reformasi tadbir urus dan kewangan.

Kejohanan dua Olimpik lalu dianjurkan oleh IOC, yang berpangkalan di Switzerland.

IOC berkata bahawa sukan tinju tidak akan ditampilkan pada Sukan Los Angeles 2028 jika persekutuan kebangsaan gagal melantik badan antarabangsa baru.

IBA berkata dalam satu kenyataan ia telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Persaingan Switzerland pada Ogos, menuduh IOC “menguasai pasaran global secara tidak adil untuk menganjurkan dan memasarkan Sukan Olimpik”.

“IOC menggunakan pengaruhnya untuk menghalang petinju daripada menyertai Sukan Olimpik jika Persekutuan Kebangsaan mereka ada kaitan dengan IBA, yang melanggar piawaian persaingan adil di bawah undang-undang Switzerland,” tambahnya.

IBA berkata bahawa IOC telah memberi tekanan kepada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) untuk mengecualikan persekutuan kebangsaan yang berkaitan dengan IBA, tindakan yang dianggap oleh badan tinju itu sebagai melanggar undang-undang.

“Sebagai tindak balas kepada situasi ini, IBA menjemput semua persekutuan kebangsaannya untuk menyertai tindakan undang-undang terhadap IOC di Switzerland.

“Dengan bekerjasama, kami boleh meningkatkan peluang kami untuk menamatkan tekanan ini daripada kededua IOC dan NOC. Persekutuan kebangsaan yang berminat untuk menyertai prosiding undang-undang harus menghubungi IBA secepat mungkin,” katanya.

Sebuah badan baru, World Boxing, dilancarkan pada 2023 dengan tujuan untuk menjamin masa depan Olimpik bagi sukan tinju, tetapi ia menarik hanya 45 persekutuan menjelang awal September, dan masa semakin suntuk.

“IOC telah mengusir IBA dan ia menjelaskan kepada semua persekutuan kebangsaan bahawa sukan tinju hanya akan dipulihkan kepada program untuk Los Angeles 2028 jika ia mempunyai persekutuan antarabangsa yang boleh dipercayai untuk bekerjasama serta mempunyai sokongan persekutuan kebangsaan,” kata jurucakap World Boxing.

IOC juga telah dihubungi untuk memberikan komen.

IBA berkata ia juga akan menyokong kes undang-undang di peringkat nasional.

“Kami perlu mengambil tindakan serius untuk melindungi persekutuan anggota kami, atlet dan kakitangan sokongan kami, kami tidak akan berdiam diri apabila anggota kami menghadapi tekanan dan pengecualian yang tidak wajar,” kata setiausaha agung dan Ketua Pegawai Eksekutif IBA, Chris Roberts. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg