Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

'Persembahan terbaik' tapi Klopp enggan ramal nasib Liverpool

Sifatkan 'semua menjadi' dalam kemenangan 6-1 ke atas Leeds namun tidak tahu apakah pasukan upaya layak ke Liga Juara-Juara
Apr 19, 2023 | 05:30 AM



LEEDS: Pengurus Liverpool Juergen Klopp berkata pasukannya memberi persembahan terbaik musim ini selepas ia membelasah Leeds United 6-1 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Selasa.



The Reds menjaringkan enam gol daripada tujuh percubaan yang menemui sasaran, dengan Mohamed Salah dan Diogo Jota menyumbatkan dua gol setiap seorang.



Sebelum ini, anak didik Klopp pernah menewaskan Bournemouth 9-0 dan Manchester United 7-0, tetapi jurulatih Jerman itu berkata aksi mereka di Elland Road itu adalah yang terbaik.



"Saya amat gembira mengenai perlawanan itu," kata beliau semasa diwawancara Sky Sports.



"Kami memaksa lawan melakukan banyak kesilapan, berjaya menjaringkan gol cantik yang lahir daripada serangan balas. Saya rasa ia adalah perlawanan terbaik kami.



"Adegan paling saya gemar ialah pada minit ke-92, apabila empat pemain kami mengejar pemain muda daripada Leeds yang sedang mengawal bola.



"Aspek sebegitu memberitahu saya itu adalah perlawanan terbaik kami."



Ini adalah musim sukar bagi Klopp, dengan Liverpool bak terpahat di bahagian tengah liga.



Kemenangan besar ke atas Leeds itu hanya menjamin tempat kelapan bagi Liverpool dan peluang merebut tangga ketujuh serta kelayakan ke Liga Europa.



Peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah - dengan menduduki antara empat tempat teratas liga - pada musim depan tipis.



Kemenangan di Elland Road itu adalah yang pertama Liverpool sejak ia menewaskan Manchester United pada awal Mac dan menunjukkan mereka masih bermaya mencapai kemenangan baik walaupun menghadapi musim mengecewakan.



Kontroversi membayangi gol pertama Liverpool, dengan Trent Alexander-Arnold didakwa menggunakan lengannya untuk mengadang hantaran Junior Firpo.



Video penolong pengadil (VAR) mengatakan tiada salah laku berlaku dan gol yang dijaringkan oleh Cody Gakpo hasil hantaran Alexsander-Arnold itu dianggap sah.



Salah menggandakan jaringan tidak lama kemudian, sebelum Luis Sinisterra menjaringkan gol bagi memberi harapan kepada Leeds untuk bangkit.



Namun, Liverpool terus mengasak pada separuh masa kedua dan menambah jaringan menerusi Jota, Salah dan Darwin Nunez.



Kemenangan itu dikecapi selepas Liverpool memberi persembahan baik semasa menentang Arsenal pada perlawanan sebelumnya.



Ketinggalan 0-2 pada awal perlawanan, Liverpool bangkit untuk menyamakan kedudukan, walaupun Salah gagal menjaringkan penalti.



"Kemenangan dalam bola sepak hanya boleh dicapai apabila kita mempunyai kestabilan," kata Klopp.



"Kestabilan ini, kebanyakannya boleh diperoleh daripada aksi pertahanan yang baik, tetapi pada saat-saat nasib tidak menyebelahi anda, anda boleh membuat keputusan salah.



"Saya tidak tahu mengapa kami beraksi dengan serba kekurangan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.



"Namun, kesemuanya bak menjadi semasa kami menentang Arsenal. Menyusuli itu, ia menjadi semasa kami beraksi malam ini," kata Klopp lagi.



Dalam pada itu, jurulatih itu enggan berpaling pada sejarah dan meramalkan keupayaan anak didiknya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.



Pada 2020-21, Liverpool menamatkan musim itu di tangga ketiga selepas ia mengutip 26 daripada baki 30 mata yang tersedia.



"Bagi saya, apa yang berlaku dalam musim itu adalah sejarah dan ia berlaku agak lama dahulu.



"Saya tidak tahu apa nasib kami dalam minggu-minggu yang akan datang. Tetapi saya tahu kami boleh memberikan permainan yang kuat dan bertenaga," kata Klopp. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >