Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPAK TAKRAW

Perses lakar strategi baru perbaiki pencapaian negara dalam pertandingan

Padzli, Fami diberi tugas kendalikan semua aspek perancangan latihan, pengurusan pemain
Dec 14, 2020 | 05:30 AM



KEINGINAN mahu melihat prestasi sepak takraw mencapai tahap yang lebih tinggi telah lama dipendam mantan pemain dan jurulatih negara Padzli Othman.



Beliau merasakan sudah tiba masanya pembaharuan dibuat untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan itu setelah sekian lama merudum.



Dengan sokongan pentadbiran baru yang kini menaungi Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Padzli yakin ini merupakan satu peluang untuk sepak takraw membuka lembaran baru.



"Jika kita mahu mencapai tahap yang lebih tinggi, kita tidak boleh hanya berduduk diam tanpa melakukan sebarang perubahan.



"Secara jujur, prestasi kami sejak beberapa tahun yang lalu bukanlah yang terbaik seperti yang diharapkan. Namun kami percaya dengan sokongan yang diberikan dari pihak pentadbiran, kami mampu melakukan pembaharuan yang diperlukan," kata Padzli, yang sebelum ini pernah dilantik ketua jurulatih negara pada 2014.



Beliau, yang baru-baru ini dilantik semula sebagai pembantu jurulatih pasukan negara, kian sibuk bekerja rapat dengan pihak pengurusan Perses, termasuk presidennya, Mohd Nasri Haron, untuk melakar strategi baru dalam usaha memperbaiki pencapaian negara dalam pertandingan serantau dan antarabangsa.



Bersama beliau dalam memikul peranan tersebut ialah bekas pemain negara, Mohamad Fami Mohamed. Mereka berdua diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mengendalikan semua aspek perancangan latihan dan pengurusan pemain.



Pada bulan lalu, Perses telah mendedahkan kepada Berita Harian bahawa mereka akan membentuk pasukan nasional baru dan dua pasukan pelapis, yang terdiri daripada skuad intermediate Bawah 21 Tahun dan skuad Bawah 17 Tahun.



Pembentukan tiga pasukan ini diharap dapat memperkukuh lagi skuad negara selain memastikan Singapura menghantar pasukan terbaik dalam setiap pertandingan serantau dan antarabangsa, terutama dalam Sukan SEA dan Sukan Asia tahun depan.



Skuad nasional baru yang akan terdiri daripada pemain berpengalaman dan lebih muda bagi memberi kesegaran dalam usaha negara memburu pingat.



Padzli akan mengendalikan pasukan utama, manakala Fami akan menumpukan perhatian kepada pasukan intermediate.



Mengulas tentang pembentukan skuad baru ini, Padzli berkata langkah yang diambil ini wajar untuk memastikan mereka mempunyai senarai pemain yang bersedia untuk menyarung jersi negara apabila mereka diperlukan.



Selain itu, mereka ingin menggalakkan persaingan yang sihat antara pemain negara.



"Kami tidak mahu pemain yang kita ada sekarang berasa terlalu selesa dengan kedudukan mereka dalam pasukan negara.



"Dengan adanya cabaran dari pemain-pemain baru dan berbakat, mungkin ini dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk berlatih dengan gigih lagi," tambahnya yang merupakan antara pemain negara yang memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Beijing 1990 and Sukan Asia Busan 2002.



Awal bulan ini, Perses telah mengadakan sesi latihan ujian untuk mencungkil dan mencari muka baru.



Yang mengagumkan, ia telah menarik penyertaan dari seramai 300 pemain sepak takraw tempatan bawah 17 tahun.



Menurut Fami, Perses akan memilih sekitar 18 pemain terbaik untuk disenaraikan dalam skuad remaja itu.



"Kami benar-benar tidak sangka bahawa ramai yang akan menghadiri sesi latihan ujian itu, dan ini menunjukkan bahawa masih terdapat bakat generasi muda yang boleh lagi dicungkil," ujar Fami.



Seramai 20 pemain bawah 21 tahun yang berpotensi pula telah pun dipilih daripada sesi percubaan yang diadakan awal tahun ini, sebelum pandemik Covid-19 mula menular di sini.



Fami berkata pemain dipilih berdasarkan beberapa faktor dan kriteria, termasuk kemahiran asas mereka dan setiap pemain perlu mempunyai ciri-ciri tertentu bagi mengisi setiap posisi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >