Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN DALAM TUMPUAN

Potter kian tertekan... mungkin senasib Tuchel atau terus diberi peluang?

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Empat bulan sebagai pengurus Chelsea, Graham Potter, kian tertekan kerana prestasi hambar dan ini juga punca ramai pengurus sebeumnya di Stamford Bridge dipecat semasa era Roman Abramovich.



Kekalahan 0-4 dalam Piala FA di tangan Manchester City pada Ahad lalu bermakna 'Blues' sudah terkeluar daripada kedua-dua piala domestik.



Menjelang pertembungan Liga Perdana England menentang Crystal Palace malam ini (waktu Singapura), mereka menduduki tangga ke-10 liga, 10 mata di belakang kelompok empat pasukan teratas.



Ia bukanlah permulaan yang diharapkan oleh Todd Boehly pemilik baru kelab dari Amerika Syarikat itu selepas membelanjakan lebih £300 juta ($364.5 juta) untuk mendapatkan pemain baru bagi menambah baik skuad yang menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana musim lalu.



Berdasarkan suara sumbang peminat, konsortium yang diketuai pengerusi bertanggungjawab terhadap masalah di padang.



Ketika Chelsea dimalukan City pada hujung minggu lalu, para penyokong yang berbondong-bondong ke Etihad 'memberontak' dengan melaungkan nama bekas pengurus Thomas Tuchel dan bekas pemilik Abramovich.



Tuchel dipecat secara mengejut oleh rejim baru Chelsea selepas hanya tujuh perlawanan dalam musim ini dan jelas kelihatan sebagai petanda bahawa budaya melantik dan memecat pengurus akan kekal di Stamford Bridge walaupun tanpa Abramovich.



Warga Rusia itu tidak menunjukkan belas kasihan kepada pengurus ternamaseperti Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan Antonio Conte, yang memenangi gelaran Liga Perdana semasa mereka di Chelsea.



Meskipun mencipta nama sebagai pengurus Liga Perdana dalam tiga musim mengagumkan bersama Brighton, Potter tidak mempunyai CV untuk menyamai pengurus sebelumnya.



Tetapi, beliau percaya Chelsea sudah berubah. Beliau berkata pendekatan lebih bersabar yang dijanjikan oleh pemilik baru adalah salah satu faktor yang memebuatnya meninggalkan Brighton pada September lalu.



"Terdapat pengurusan yang berbeza," kata Potter selepas tewas 0-1 kepada City dalam perlawanan liga terakhir Chelsea.



"Ini sukar untuk orang ramai menerima kerana Chelsea telah dikendalikan dengan cara sama selama 20 tahun dan kini tiba-tiba ia berbeza.



"Sebab saya mengambil tugas itu adalah kerana anda mempunyai peluang untuk membentuk kelab yang berada dalam tempoh peralihan yang besar."



Satu perkara yang memihak kepada Potter ialah perbelanjaan £280 juta Chelsea pada tempoh pemindahan musim panas, yang berlaku sebelum beliau tiba, lantas beliau masih belum membentuk skuad yang sesuai untuknya.



Ia juga berlaku selepas tokoh pemindahan pemain di Chelsea, Marina Granovskaia, dan penjaga gol yang bertukar menjadi penasihat teknikal dan prestasi, Petr Cech, meninggalkan kelab bersama Abramovich.



Boelhy mengambil alih untuk mengetuai tugas merekrut pemain baru sebagai pengarah sukan.



Hasilnya ialah pendekatan tanpa sebarang rancangan yang teratur dalam pasaran pemindahan.



Ketibaan pemain veteran melepasi tahap kemuncak mereka, seperti Pierre-Emerick Aubameyang dan Kalidou Koulibaly, sudah kelihatan seperti pembaziran, manakala lebih daripada £50 juta telah dibelanjakan kepada beberapa prospek muda yang mempunyai harapan tapi belum bersedia untuk pasukan utama.



Pendekatan Boehly telah dibandingkan dengan peminat yang bermain permainan video, Football Manager oleh bekas kapten Manchester United, Gary Neville.



Potter juga telah dibelenggu oleh senarai kecederaan yang panjang.



N'Golo Kante tidak bermain sejak Ogos lalu, pemain antarabangsa England, Reece James dan Ben Chilwell, terlepas ke Piala Dunia dan telah mengalami tempoh pemulihan yang lama dan pemain paling mahal Chelsea dalam musim panas ini, Wesley Fofana, telah dihadkan kepada empat penampilan.



Raheem Sterling dan Christian Pulisic juga telah direhatkan untuk beberapa minggu mendatang dan musim Armando Broja berakhir selepas beliau mengalami kerosakan ligamen.



"Kami telah mengalami peralihan besar-besaran dan masalah dari segi kecederaan tidak menjadikannya mudah untuk mencari kestabilan," tambah Potter.



Tetapi dengan Chelsea dalam kedudukan liga yang kritikal, Potter perlu mencari jawapan dan bukannya alasan untuk mengekalkan tugasnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >