Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu kecederaan bayangi saingan

Howe: Sekat Salah dan Diaz, ada peluang menang
Aug 27, 2023 | 5:30 AM
BANGKIT SEMULA: Eddie Howe berharap pasukan bimbingannya akan bangkit semula daripada kalah kepada Manchester City.
BANGKIT SEMULA: Eddie Howe berharap pasukan bimbingannya akan bangkit semula daripada kalah kepada Manchester City. - Foto REUTERS

PEMINAT TIDAK AKAN KECEWA: Sejak dulu pertemuan antara Newcastle dengan Liverpool sentiasa mendebarkan dan menarik.
PEMINAT TIDAK AKAN KECEWA: Sejak dulu pertemuan antara Newcastle dengan Liverpool sentiasa mendebarkan dan menarik. - Foto fail

NEWCASTLE: Jurulatih Newcastle, Eddie Howe, mengaku pasukannya tidak memanfaatkan peluang menjaringkan gol apabila berpeluang dan kecundang di tangan Manchester City.

“Kita juga kerap memberi bola kepada Manchester City, dan mungkin ini sebabnya kami kalah,” tambah beliau.

Namun Howe memuji benteng pertahan pasukannya yang hanya melepaskan satu gol semasa menentang Manchester City.

Newcastle kini berazam untuk kembali kuat menjelang perlawanan dengan Liverpool pada Ahad di St James’ Park, dengan kebolehan dan kekuatan benteng pertahanan pasukannya akan diuji sekali lagi.

Ia tugas mencabar.

Pemain sayap Liverpool, Luis Diaz, sedang memaparkan prestasi baik. Beliau telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan Liga Perdana England (EPL).

Rakan pasukannya, Mohamad Salah, juga tidak kurang hebatnya, menjaring satu gol dan memberi satu ‘assist’ dalam dua perlawanan EPL.

Menyekat kededua pemain Liverpool ini penting bagi memperbaiki peluang Newcastle menghasilkan keputusan baik.

Strategi ini tidak mudah. Newcastle akan mendapatinya sukar untuk menghalang kededua pemain itu, apatah lagi beberapa pemainnya sendiri tidak dapat beraksi akibat masalah kecederaan.

Pemain tengah utama Newcastle, Joelinton, terpaksa dikeluarkan apabila beliau mengalami kecederaan semasa menentang Manchester City.

Beliau dilihat terhincut-hincut semasa keluar padang.

Eddie Howe berharap kecederaan itu tidak parah agar Joelinton dapat bermain menentang Liverpool.

Pemain-pemain Newcastle yang lain seperti Emil Krafth, Joseph Willock dan Javier Manquillo pula tidak dapat disertakan semasa menentang Liverpool akibat kecederaan.

Hakikatnya, Newcastle tidak pernah mengalahkan Liverpool berdasarkan lima perlawanan lalu antara kededua pasukan itu.

Namun, para peminat Newcastle mungkin masih boleh berasa lega kerana gawang mereka hanya dibolosi tiga kali dalam lima perlawanan.

Newcastle akan dapatkan semula khidmat Jacob Murphy yang dijangka disertakan semula untuk perlawanan menentang Liverpool.

Howe memuji sumbangan Murphy.

“Tidak kira di mana saya letakkannya, kiri ataupun kanan, beliau bermain dengan cemerlang.

“Sikapnya merupakan contoh baik untuk pasukan, beliau merupakan pemain yang penting untuk pasukan ini,” kata Howe.

Beliau berharap kepulangan Murphy akan membantu pasukannya bukan sahaja akan mengelakkan kekalahan, malah menaikkan semangat dan menyuntik peluang mendapatkan gol.

Ini lebih-lebih lagi jika melihat gawang Liverpool telah tujuh kali dibolosi dalam lima perlawanan.

Mentelah pemain Liverpool, Alexis Mac Allister, akan terlepas perlawanan ini kerana dilayangkan kad merah.

Tanpa kehadiran Allister, pertengahan Liverpool menjadi agak rapuh, dan Howe mungkin boleh mengambil kesempatan akan keadaan ini.

Dengan keteguhan pertahanan Newcastle tetapi jentera serangan yang kurang menyengat, para peminat pasukan itu membuat ramalan bahawa perlawanan ini mungkin berakhir dengan keputusan seri. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg