Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PERLAWANAN AKHIR ARGENTINA LWN PERANCIS

Pertempuran pasukan paling layak masuk final

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



ARGENTINA menentang Perancis.



Lionel Messi lawan Kylian Mbappe.



Perlawanan akhir malam ini di Stadium Lusail adalah penutup Piala Dunia Qatar 2022, yang sesuai lagi mendebarkan antara pasukan dan pemain 'heavyweight'.



Secara rasmi, mengikut ranking Fifa, ini adalah pertembungan antara pasukan ketiga dan keempat terbaik dunia.



Tetapi, secara keseluruhannya, mereka adalah dua pasukan paling layak mencapai pentas akhir di Qatar.



Walaupun dihimpit pelbagai kecederaan sebelum kejohanan bermula, juara bertahan Perancis mengagumkan, mengatasi lawan dengan kepantasan dan ketepatan dalam serangan balas yang diterajui Mbappe dan Antoine Griezmann.



Ditambah pula dengan pemain nombor sembilan, Olivier Giroud, yang kini dalam prestasi cemerlang, Les Bleus adalah pasukan mantap.



Argentina pula telah bangkit dengan baik selepas kekalahan mengejutkan 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan mereka.



Sejak itu, pasukan La Albiceleste telah menemui rentak kemenangan mereka di Doha menerusi gabungan Messi dan Julian Alvarez.



Kedua-dua negara, Perancis (1998, 2018) dan Argentina (1978, 1986) juga sedang memburu Piala Dunia ketiga mereka.



Hanya Jerman, Italy (empat setiap satu) dan Brazil (lima) memperoleh lebih banyak Piala Dunia daripada dua negara ini.



Argentina dan Perancis juga akan menyasar merangkul gelaran kedua mereka bukan sebagai tuan rumah.



Dua pasukan itu menggondol kejuaraan sulung masing-masing ketika menjadi tuan rumah.



Malam ini merupakan kali empat mereka bertemu dalam Piala Dunia.



Argentina menewaskan Perancis dalam pusingan kumpulan pada 1930 dan 1978, manakala Perancis muncul pemenang dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir empat tahun lalu.



Secara keseluruhan, Argentina mendahului pertembungan antara dua pasukan ini dengan enam kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan.



Argentina dan Perancis mempunyai ramai 'senjata kuat' dalam skuad masing-masing tetapi semua perhatian akan tertumpu pada Messi dan Mbappe.



Persoalannya - dapatkah Messi menyamai pencapaian ikon Argentina Diego Maradona dan mengukuhkan statusnya sebagai G.O.A.T, atau Greatest Of All Time - singkatan 'Terhebat Sepanjang Zaman'?



Atau apakah Mbappe dan rakan-rakannya akan menjadi juara berturut-turut pertama sejak Pele dan Brazil melakukannya 60 tahun lalu?



Messi dan Mbappe bukan sahaja rakan sepasukan di Paris Saint-Germain, bahkan mendahului perlumbaan bagi But Emas sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol setiap seorang.



Tidak pernah sebelum ini rakan sekelab menamatkan perlumbaan But Emas Piala Dunia sebagai juara dan naib juara.



Bagaimanapun, fokus utama Messi, 35 tahun, dalam penampilan terakhirnya di Piala Dunia malam ini ialah menjulang Piala Dunia sulungnya.



"Kami akan melakukan yang terbaik, seperti yang telah kami lakukan sehingga sekarang, supaya kali ini ia benar-benar berlaku - kami benar-benar memenanginya," kata Messi.



Argentina berjaya ke perlawanan akhir pada 2014 di Brazil tetapi tewas di tangan Jerman.



Mbappe pula menyasarkan menjadi pemain kedua termuda mendapat dua Piala Dunia.



Ia akan menjadi pencapaian mengagumkan bagi pemain berusia 23 tahun itu, dengan hanya Pele (pemenang dua Piala Dunia pada usia 22 tahun) di hadapannya.



Rakan sepasukan Perancis Aurelien Tchouameni menyifatkan Mbappe sebagai pemain terbaik di dunia.



"Bagi saya, Kylian adalah yang terbaik… Dan dia akan membuktikannya Ahad ini," kata pemain midfield itu kepada TYC Sports.




Laporan perlawanan tempat ketiga dan keempat di BH.sg




PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA 2022 



Hari ini, 11 mlm



Argentina lwn Perancis



Perlawanan disiarkan di Singtel TV Ch14 & StarHub Ch251, meWatch Ch01 & Mediacorp Ch5




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >