Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Petisyen agar seluruh anggota lembaga FAS letak jawatan

May 24, 2023 | 03:49 PM



SATU petisyen yang meminta peletakan jawatan seluruh anggota lembaga Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kini sedang tersebar.

Dimulakan seorang individu bernama Paul Anthony Soh, petisyen itu melahirkan rasa kurang senang di atas pencapaian pasukan negara sejak beberapa tahun ini.

“Kami, rakyat Singapura telah menyaksikan selama beberapa tahun (tahap persembahan) ‘bola sepak Singapura turun naik’.

“Pencapaian tinggi termasuk memenangi Kejuaraan AFF 2003 - 2004, Piala Suzuki 2012.

“Namun selepas itu kami tidak capai apa-apa pun,” katanya.

Petisyen itu kemudian memetik pencapaian terendah pasukan bola sepak negara semasa kempen Sukan Asia Tenggara 2023.

Dalam Sukan SEA yang baru lalu, pasukan negara terkeluar daripada peringkat kumpulan tanpa sebarang kemenangan dengan yang paling buruk apabila tewas 7-0 di tangan pasukan Malaysia.

Petisyen itu menyatakan bahawa pada masa ini sasaran negara adalah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.

“Namun berdasarkan kempen-kempen terkini, dan dengan kedudukan negara di tangga ke-158 dunia, kami rakyat rasa sangsi bahawa ini akan dicapai,” kata petisyen itu.

Akhbar ini masih menantikan respons FAS berkaitan petisyen tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >