Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF: Singapura menang 2-0 ke atas Laos

Dec 27, 2022 | 08:31 PM



PASUKAN Singa melanjutkan prestasi kemenangan mereka dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 dengan menewaskan Laos 2-0 pada Selasa (27 Disember).



Gol hasil sumbangan Irfan Fandi pada minit ke-32 dan Shawal Anuar dalam waktu tambahan separuh kedua di Stadium Nasional Baru Laos cukup bagi memberikan jurulatih Singa Takayuki Nishigaya kemenangan kedua berturut-turutnya dalam kejohanan Asia Tenggara itu.



Sabtu lalu, Singapura menang tipis 3-2 ke atas Myanmar di padang sendiri, Stadium Jalan Besar.



Kemenangan malam ini bermakna Singapura menduduki tangga kedua dengan enam mata dalam Kumpulan B seramai lima pasukan, sebelum perlawanan antara Vietnam dengan Malaysia malam ini.



Di Vientiane malam ini, Nishigaya membuat enam perubahan pada kesebelasan utamanya. Penjaga gol Hassan Sunny dan bek tengah Irfan diturunkan buat kali pertama  dalam kempen ini selepas dikenakan penggantungan dalam perlawanan sebelumnya.



Pemain pertahanan, Joshua Pereira dan Nazrul Nazari, serta pemain midfield, Zulfahmi Arifin dan Song Uiyoung turut memulakan perlawanan. 



Pasukan Singa - yang harus membuat perjalanan lapan setengah jam pasukan dari tanah air ke Vientiane - bagaimanapun kelihatan letih dari awal permainan dan bergelut mencari rentak mereka.



Laos, sebaliknya, lebih rancak menguasai pemilikan bola dan juga berjaya mencipta beberapa peluang jaringan.



Selepas lebih separuh perlawanan, Singapura akhirnya berjaya menembusi gawang Laos.



Hantaran Zulfahmi dari sepakan percuma menemui Irfan, yang menanduk masuk bola untuk menjaringkan gol antarabangsa keduanya untuk pasukan Singa.



Singapura mengalami beberapa detik mendebarkan dalam separuh kedua apabila pasukan tuah rumah giat mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan.



Tetapi, Shawal mengesahkan kemenangan Singapura malam ini dengan jaringannya pada hujung perlawanan.



Gol tersebut adalah yang kedua untuk penyerang Lion City Sailors itu dalam kempen Piala AFF kali ini.



Singapura seterusnya berdepan Vietnam di Stadium Jalan Besar pada Sabtu ini, sebelum menamatkan saingan mereka dalam Kumpulan B menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan.



Hanya dua pasukan terbaik dalam pasukan akan mara ke separuh akhir.



Singapura dalam edisi Piala AFF 2020, yang ditunda kepada tahun lalu dek pandemik, berjaya sampai ke separuh akhir namun tewas kepada Indonesia 3-5.



Keputusan itu merupakan kali pertama pasukan Singa melepasi pusingan kumpulan sejak kali terakhir bergelar juara kejohanan pada 2012.     




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >