Topik diikuti
Pergi ke BHkuPiala Dunia ‘terbaik dalam sejarah’ labuhkan tirai
Piala Dunia ‘terbaik dalam sejarah’ labuhkan tirai
Piala Dunia ‘terbaik dalam sejarah’ labuhkan tirai
Meskipun dibayangi kontroversi seperti visa pemain dan pegawai yang tidak diluluskan atau layanan media berat sebelah terhadap pasukan tertentu, Piala Dunia Fifa 2026 tetap digelar ‘terbaik dalam sejarah’ sepanjang hampir seabad penganjurannya, menurut beberapa pakar dan pengulas.
Kejohanan edisi ke-23 itu melabuhkan tirainya apabila juara baharu dinobatkan awal pagi tadi (waktu Singapura), iaitu selepas waktu cetakan akhbar ini.
Suasana hangat mula dapat dirasakan apabila ribuan penyokong tegar Argentina dan Sepanyol mula membanjiri kawasan ikonik Madison Square Garden dan Times Square di New York, seawal sehari sebelum aksi final itu berlangsung di Stadium New York New Jersey.
Di Singapura pula, para peminat berkumpul di lokasi seperti pusat masyarakat, bahkan di tempat seperti masjid dan gereja untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.
Baca liputan aksi final Piala Dunia di laman BH.SG atau di media sosial BH.
