Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala FA: Everton sekat Palace walau bermain dengan 10 pemain

Jan 05, 2024 | 03:58 PM



ENGLAND: Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin, dibuang padang di tengah kontroversi tetapi Toffees dapat bertahan dengan 10 pemain untuk mengulangi perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Crystal Palace.


Calvert-Lewin dilayangkan kad merah pada minit ke-79 selepas pengadil Chris Kavanagh dianjurkan mengkaji semula kejadian itu melalui skrin monitor menyusuli campur tangan video penolong pengadil (VAR), Michael Salisbury.

Penyerang England itu mengangkat stad butnya ketika meluncur merebut bola dalam cabaran terhadap Nathaniel Clyne, sekali gus menyentuh betis pemain pertahanan tersebut, meskipun sentuhan itu minimum.

Peminat Everton melahirkan rasa tidak puas hati ketika kejadian itu dipapar semula pada skrin besar di Selhurst Park, dengan bos Toffees, Sean Dyche, menggelengkan kepalanya.

Calvert-Lewin, yang kini tanpa sembarang gol dalam 12 perlawanan, mendapat satu peluang jelas tetapi hanya melakukan percubaan lemah ke arah penjaga gol tuan rumah, Dean Henderson.

Jefferson Lerma membuat percubaan dari jarak 20 meter bagi Eagles, namun ia sedikit lebih tinggi dari palang gawang.

Palace akhirnya tidak dapat memanfaatkan kelebihan seorang pemain.

Amadou Onana juga melakukan tandukan melewati palang.

Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dan terpaksa mengulangi perjuangan mereka di Goodison Park pada akhir Januari.

Selain itu, Everton menghadapi situasi membimbangkan apabila pemain sayap mereka, Dwight McNeil, mengalami kecederaan yang kelihatan serius.

McNeil terpaksa diusung keluar dari padang dengan kecederaan pada kakinya menjelang akhir perlawanan.

Keputusan seri itu dianggap sebagai adil memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai tiga percubaan ke arah gawang dan tujuh sepakan sudut.

Palace dan Everton, yang masing-masing berada di tangga ke-14 dan ke-17 Liga Perdana England (EPL), akan berada dalam cabutan pusingan keempat, yang akan berlangsung pada 8 Januari sebelum Wigan Athletic menjadi tuan rumah kepada Manchester United. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >