Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala FA: Senasib, saling sukar buat Arsenal dan Liverpool

Kedua-dua pasukan ditimpa kecederaan,
ketiadaan pemain utama disebabkan tugas antarabangsa
Jan 07, 2024 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal akan menjadi tuan rumah menentang Liverpool dalam pusingan ketiga Piala FA pada tengah malam 8 Januari.


Liverpool, yang akan bertandang ke Stadium Emirates di London Utara, pastinya mengharapkan kemenangan berpihak pada mereka.

Jika ini tercapai, salah satu pasukan favorit akan tersingkir daripada pertandingan ini, sekali gus membuat ramai peminat Liverpool lebih yakin pasukan mereka akan menjulang piala itu.

Ia akan merupakan satu perlawanan cukup besar buat Liverpool.

Dua pasukan ini kali pertama bersaing pada 1893 – setahun selepas The Reds diasaskan.

Liverpool menang 94 daripada 240 perlawanan antara dua pasukan ini. Arsenal memenangi 82.

Baki 64 pertemuan antara mereka berkesudahan dengan seri, termasuk keputusan 1-1 antara dua pasukan ini pada 23 Disember dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL).

Dalam Piala FA, Arsenal nampaknya lebih menyerlah. Ia menjulang piala itu lapan kali berbanding lima bagi Liverpool.

Dan Liverpool belum pernah menang di padang mereka sendiri, Anfield, semasa menentang Arsenal, yang digelar Gunners.

Namun Liverpool memenangi empat perlawanan dan tewas tiga kali semasa berkunjung ke padang Arsenal.

Dalam dua perlawanan terakhir antara mereka, Gunners mengalahkan Liverpool.

Berita terbesar buat Liverpool kini ialah pemain bintang mereka, Mohamed Salah, dan Wataru Endo tidak dapat menyertai The Reds semasa menentang Arsenal nanti.

Ini kerana mereka masing-masing terlibat dalam Piala Negara-Negara Afrika dan Piala Asia, dan dijadual tidak dapat menyertai kelab itu untuk satu jangka masa yang agak lama.

Sementara itu, kecergasan Dominik Szoboszlai masih disangsikan selepas beliau meninggalkan padang dengan masalah hamstring ketika menentang Newcastle United.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, kemudian mengesahkan keadaan kesihatan pemain itu agak membimbangkan.

Selain itu, beberapa pemain Liverpool belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Thiago, Stefan Bajcetic, Andy Robertson, Kostas Tsimikas dan Joel Matip tidak dapat bermain sepanjang musim ini kerana cedera.

Namun, ada tambahan yang agak menarik kepada skuad Liverpool, iaitu Owen Beck.

Liverpool mendapatkan semula khidmat pemain itu selepas beliau dipinjamkan ke Dundee United dan kini beliau menjadi pilihan utama di barisan bek kiri.

Sementara itu, Gunners juga tidak akan dapat menyertakan beberapa pemain atas sebab tugasan antarabangsa.

Takehiro Tomiyasu dan Endo akan disertakan bersama skuad antarabangsa Jepun dalam Piala Asia, sementara Mohamed Elneny pula akan menyarung jersi Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika.

Kecergasan Oleksandr Zinchenko juga belum dipastikan akibat kecederaan betisnya, namun beliau dijangka dapat bermain.

Bukayo Saka juga akan terus bermain meskipun menghadapi masalah dan tiada alasan lain untuk beliau tidak bermain.

Arsenal mempunyai tiga pemain yang cedera untuk jangka masa yang lama. Thomas Partey kekal tidak dapat bermain seperti Favio Vieira. Jurrien Timber pula mungkin terlepas bermain untuk Arsenal sepanjang baki musim ini akibat kecederaan lutut.

Ternyata pertarungan kali ini suka buat kededua pasukan.

Arsenal pastinya menjadi favorit di padang sendiri, tetapi Liverpool tentunya tidak mudah ditundukkan, apatah lagi dengan corak dan tahap permainan mereka pada masa kini.

Namun, ketiadaan Salah – penjaring terbanyak dalam EPL dengan 14 gol – bagi Liverpool setanding Erling Haaland tidak dapat beraksi bagi Manchester City.

Oleh itu, mungkin lebih sukar untuk Liverpool menang di Stadium Emirates tanpa penyerang berbisa itu.

Pada masa ini, Liverpool menduduki tempat teratas EPL dengan 45 mata, dengan hanya satu kekalahan.

Arsenal di tangga keempat dengan 40 mata dan empat kekalahan.

Mungkin kededua pasukan boleh merehatkan pemain utama mereka demi cabaran EPL.

Namun, mereka sudah pasti ingin menang perlawanan Piala FA ini bukan untuk melangkah ke pusingan selanjutnya sahaja, malah memberi tekanan psikologi ke atas pasukan lawan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >