Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LA LIGA SEPANYOL

Pique sebak dalam pertarungan terakhir sebelum bersara

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



BARCELONA: Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique, yang bakal bersara, berkata dia berasa seperti 'dibebaskan' apabila jurulatih Xavi Hernandez mengeluarkannya pada minit ke-83 dalam perlawanan menentang Almeria Sabtu lalu yang berakhir dengan kemenangan 2-0 bagi kelab itu.



Beliau berjalan ke luar padang sambil menangis dengan pemain itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton di Stadium Nou Camp yang penuh sesak.



Pique, 35 tahun, mengumumkan Jumaat lalu bahawa perlawanan Sabtu itu akan menjadi perlawanan terakhirnya apabila dia memutuskan untuk bersara daripada bola sepak tatkala La Liga berehat sempena Piala Dunia mulai Khamis ini.



"Ia seperti menarik beban berat di belakang saya apabila saya berjalan keluar dari padang," katanya kepada DAZN.



"Beberapa bulan lalu ini adalah sangat sukar dan hari ini saya berasa semacam dibebaskan. Ia adalah pengalaman seumur hidup yang akan kekal selama-lamanya."



Pique memulakan permainan sebagai kapten dalam musim di mana dia berdepan kritikan hebat kerana prestasi buruknya dan tidak disenangi pengurus Xavi, yang dilaporkan memintanya semasa penutup musim lalu untuk bersara atau meninggalkan kelab itu.



Pembelian bek tengah Andreas Christensen, Jules Kounde, Eric Garcia dan persembahan cemerlang pemain muda Ronald Araujo telah menyebabkan Pique kehilangan tempat dalam kesebelasan pasukan.



Terdapat juga tekanan tambahan mengenai gajinya, dilaporkan terbesar di kelab yang bergelut dari segi kewangan. Menurut beberapa laporan, Pique akan melepaskan baki 18 bulan gajinya, keputusan yang akan membantu Barca dari segi kewangan.



Selepas pertarungan itu, Pique dijulang rakan sepasukannya dan diraikan penyokong yang melaungkan berulang kali: "Presiden! Presiden! Presiden!" kerana dia dilihat sebagai calon masa depan untuk mengambil alih jawatan itu.



Semasa berucap kepada penyokong kelab di Camp Nou, Pique yang penuh emosi berkata:



"Apabila anda semakin berumur, anda sedar kadangkala untuk mencintai (sesuatu) adalah untuk melepaskannya. Saya yakin bahawa saya akan berada di sini lagi pada masa depan.



"Saya cintakan Barca. Itulah sebabnya saya anggap ia adalah masa sesuai untuk beredar. Ini bukan ucapan selamat tinggal."



Xavi memberitahu DAZN: "Saya beritahunya dia legenda di Barca dan kami amat berterima kasih atas khidmatnya kepada kelab."



Dianggap sebagai salah satu bek tengah terbaik generasinya, Pique memenangi Kejohanan Eropah pada 2012 dan Piala Dunia pada 2010 bersama Sepanyol.



Dia juga memenangi 30 trofi buat Barca sejak menyertainya pada 2008 dari Manchester United.



Hanya Lionel Messi (35) dan Andres Iniesta (32) telah memenangi lebih banyak trofi bersama pasukan Catalan itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >