Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Platini beri keterangan kes rasuah Fifa

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



BERN (Switzerland): Bekas Presiden Uefa, Michel Platini kelmarin meluangkan hampir enam jam di mahkamah sebagai seorang suspek berhubung kes rasuah, sebelum memberikan keterangannya sebagai saksi hari ini dalam satu lagi kes berasingan melibatkan presiden Fifa, Gianni Infantino.



Platini, 65 tahun, telah disoal oleh pendakwa raya, Thomas Hildbrand, yang menyamannya atas kes rasuah yang merosakkan impiannya untuk mengambil alih badan pemerintah bola sepak dunia, Fifa, setelah kejatuhan Sepp Blatter.



Tuduhan terhadap Platini turut melibatkan pembayaran sekitar dua juta franc Swiss ($2.9 juta) dari Fifa yang disetujui Blatter pada 2011.



Platter dan Blatter dituduh atas kesalahan "pengurusan tidak setia", "pecah amanah" dan "penipuan" dengan menghadapi kemungkinan dijatuhi hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.



"Michel Platini memberikan perhatian sepenuh terhadap penyampaian unsur-unsur kes dan tafsiran yang disampaikan oleh pendakwa raya Hildbrand," kata rombongan Platini kepada AFP.



"Beliau yakin bahawa prosedur ini akan membolehkannya membuktikan integriti dalam kes ini."



Menurut pihak pendakwa, ini adalah "pendengaran terakhir" bekas pemain tengah Saint Etienne dan Juventus itu sebelum akhir siasatan.



Platini, yang juga dipanggil untuk menghadiri ke mahkamah semalam namun tidak lagi perlu kesnya didengarkan lagi, akan dibebaskan atau menghadapi perbicaraan.



Blatter, yang berusia 85 tahun minggu lalu, juga bakal menghadapi dakwaan tetapi menurut pegawainya, beliau masih dalam proses pemulihan setelah dimasukkan ke hospital pada Disember dan Januari lalu.



Platini juga dijangka tampil ke mahkamah hari ini sebagai saksi bagi siasatan yang dilakukan terhadap Infantino.



Infantino yang dipilih pada 2016 setelah berjanji untuk "memulihkan imej Fifa", menjadi sasaran terhadap prosedur jenayah setelah didapati bersalah "menghasut penyalahgunaan kuasa", "melanggar kerahsiaan rasmi" dan "menghalang prosiding jenayah" dalam tiga pertemuan rahsia antara 2016 dan 2017 dengan ketua Pejabat Pendakwa Persekutuan Switzerland (MPC), Michael Lauber.



Mesyuarat tersebut mendorong kecurigaan terdapatnya pakatan sulit terhadap kes yang melibatkan Fifa.



Infantino berkata bahawa dia ingin menunjukkan kepada MPC "bahawa Fifa baru adalah dunia yang jauh dari yang lama", yang telah disesatkan "oleh pegawai yang menerima rasuah".



Pihak pendakwa dari Switzerland yang mengendalikan kes itu juga mengatakan beliau curiga dengan penerbangan jet peribadi yang diambil Infantino pada 2017 yang dibiayai Fifa. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >