Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana England

Pogba bersinar, tapi masa depan di Man Utd masih tanda tanya

Aug 11, 2018 | 05:00 PM



MANCHESTER: Pemenang Piala Dunia Paul Pogba kembali beraksi dalam jersi Manchester United dan membantu kelab Inggeris itu menundukkan Leicester City 2-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana England pada Sabtu (11 Ogos).



Namun kemenangan itu, dan persembahan baik Pogba, yang menjaringkan satu gol penalti, masih belum mencukupi untuk meleraikan tanda tanya tentang masa depannya di Old Trafford.



Sebelum ini, ada desas-desus bahawa Man Utd telah menolak permintaan Pogba untuk berpindah ke beberapa kelab gergasi Eropah, dengan Barcelona dan Juventus dikatakan datang merisik selepas berita beliau kurang persefahaman dengan  pengurus Man Utd Jose Mourinho timbul dalam media.



Namun, pemain itu kembali ke padang latihan Carrington tiga hari lalu, dan selepas membantu kelabnya menang, menerbitkan mesej ini di laman media sosial Instagram:



"Saya sentiasa memberikan persembahan yang terbaik kepada penyokong dan rakan sepasukan, walau apa pun yang sedang berlaku."



Kenyataan ringkas itu mengundang tanda tanya tentang keadaan di sebalik tabir di Old Trafford.



Bercakap tentang sumbangan Pogba dalam perlawanan itu, Mourinho berkata Pogba adalah pemain yang hebat dan diturunkan dalam perlawanan itu kerana berpengalaman. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >