Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pogba tujukan kemenangan kepada kanak-kanak diselamat dari gua Thailand

Jul 12, 2018 | 05:30 AM



SAINT PETERSBURG (Russia): Tunggak midfield Perancis Paul Pogba menghadiahkan kemenangan separuh akhir pasukan ketika mengatasi Belgium kepada 12 kanak-kanak yang terselamat dalam insiden terperangkap dalam gua di Thailand.



Lima mangsa terakhir dari sebuah pasukan bola sepak remaja itu telah diselamatkan kelmarin daripada gua yang dimasuki air selepas mengharungi 18 hari terperangkap di gua tersebut.



Kumpulan penyelam elit dan pasukan tentera laut khas Thailand mengeluarkan empat kanak-kanak terakhir dan jurulatih berusia 25 tahun menerusi laluan sempit dan gelap yang ditenggelami air.



Menyusuli kemenangan 1-0 di Saint Petersburg dinihari semalam, bintang Manchester United itu menerusi akaun Twitter miliknya berkata:



"Kemenangan ini ditujukan kepada wira-wira (muda) itu, syabas semua, anda sangat kuat!"



Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, minggu lalu, telah melayangkan undangan kepada pasukan bola sepak yang dikenali sebagai 'Wild Boars' itu untuk ke Moscow bagi menyaksikan final Piala Dunia Ahad ini.



Namun Fifa dimaklumkan atas alasan perubatan, mereka tidak bersedia untuk terbang ke Russia.



"Keutamaan Fifa adalah kesihatan ke atas semua yang terbabit dalam operasi dan akan meninjau peluang lain untuk mengundang mereka menyertai acara Fifa bagi berkongsi dan meraikannya," menurut seorang jurucakap badan pentadbir bola sepak dunia itu.



Fifa turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota tentera laut khas Thailand yang terkorban susulan kehabisan oksigen dalam operasi menyelamat itu Jumaat lalu.



"Simpati kami untuk keluarganya." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >