Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LA LIGA

Polis Sepanyol tahan 7 lelaki berkaitan insiden perkauman terhadap Vinicius

May 24, 2023 | 11:52 AM



MADRID: Polis Sepanyol telah menahan tujuh lelaki pada Selasa atas dakwaan insiden jenayah kebencian berasingan terhadap pemain bola sepak Real Madrid, Vinicius Jr.


Ini sedang liga bola sepak utama Sepanyol, La Liga, menggesa diubah undang-undang negara itu bagi membolehkannya mengambil langkah untuk membendung insiden berbaur perkauman di stadium.

Pengurus Real Madrid Carlo Ancelotti telah menyatakan sokongan kepada Vinicius Jr, yang dijangka kekal di kelab itu.

Ancelotti mengritik protokol “lapuk” Sepanyol dalam menangani sentimen perkauman dan berkata beliau akan menimbangkan untuk mengeluarkan pemainnya dari padang jika mereka dilontarkan kenyataan bersifat perkauman sekali lagi, sebagaimana dihadapi Vinicius semasa perlawanan menentang Valencia pada Ahad.


Penaja Valencia dan La Liga, iaitu Puma, turut melahirkan sokongannya kepada Vinicius Jr, dan begitu juga bank Sepanyol Santander, yang menaja gelaran bersama La Liga hingga akhiar musim ini.

Satu siasatan jenayah kebencian telah dibuka selepas sebuah patung memakai jersi nombor 20 – nombor yang dipakai Vinicius – digantung di atas sebuah jambatan di hadapan padang latihan Real.

Di atasnya terdapat sepanduk merah dan putih sepanjang 16 meter, iaitu warna seteru Real Atletico Madrid, yang tertulis “Madrid benci Real”.

Empat lelaki ditahan di Madrid, kata polis, tiga daripada mereka anggota “kumpulan radikal peminat kelab Madrid”, yang dikenal pasti dalam perlawanan-perlawanan lalu sebagai “berisiko tinggi” untuk membantu mengekang keganasan semasa perlawanan.

Tiga lelaki turut ditahan di Valencia kerana berkelakuan berbaur perkauman yang ditujukan terhadap Vinicius semasa perlawanan Ahad, menurut polis di Twitter.

Dalam satu catatan Instagram, Vinicius menyifatkan tindakan perkauman itu sebagai “tidak berperikemanusiaan” dan meminta penaja dan penyiar memastikan La Liga dipertanggungjawabkan.

Stadium Valencia akan ditutup sebahagiannya untuk lima perlawanan dan kelab itu didenda €45,000 ($65,300) oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) pada Selasa.

Bagaimanapun, La Liga berkata dalam satu kenyataan sebelum ini bahawa ia “tidak berdaya” untuk menangani isu itu manakala undang-undang Sepanyol mengehadkan tindakannya kepada hanya mengesan dan melaporkan insiden berbaur perkauman.

Liga itu menggesa undang-undang itu diubah supaya ia boleh membatalkan perlawanan dan mengharamkan peminat dari stadium jika tindakan perkauman dikesan.

“La Liga amat kecewa mengenai kurangnya sekatan dan sabitan yang dikenakan oleh badan disiplin sukan, pentadbiran awam dan mahkamah serta badan berkuasa lain,” kata La Liga dalam satu kenyataan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >