Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Respons presiden La Liga tentang insiden perkauman memalukan: Juruacara bola sepak

May 23, 2023 | 11:36 AM



MADRID: Respons presiden La Liga, Javier Tebas, terhadap kenyataan berbaur perkauman yang dilontarkan kepada pemain Real Madrid Vinicius sangat memalukan, ujar juruacara bola sepak dan bekas pemain pertahanan England, Micah Richards, kepada BBC Radio 5 pada Isnin.


Menurutnya, Javier “cuba menjadikan dirinya sebagai mangsa dalam insiden ini dan apa yang dikatakan dalam kenyataannya sangat memalukan”.

Ini berikutan insiden berbaur perkauman terbaru yang berlaku pada Isnin semasa Real Madrid menentang Valencia di padang lawan, iaitu Stadium Mestalla.

Pasukan tuan rumah menang 1-0 ke atas Real hasil gol jaringan Diego Lopez.

Perlawanan itu ditangguhkan selama beberapa minit pada separuh masa kedua setelah pemain Real Madrid Vinicius Jr dilontarkan kata-kata berbaur perkauman.

Menyusuli itu, Vinicius bertindak berdiri di belakang gol berhadapan dengan penyokong dan menunjuk ke arah pelaku yang mengejeknya.

Pengadil perlawanan, Ricardo de Burgos Bengoetxea, memohon pegawai stadium untuk membuat pengumuman dan menggesa penghinaan perkauman dihentikan sebelum perlawanan disambung kira-kira 10 minit kemudian.

Selepas perlawanan itu, pengadil menulis laporan bahawa seorang peminat menjerit ‘monyet, monyet’ terhadap pemain Real Madrid itu.

Menurut laporan BBC, Vinicius, warga asal Brazil, sering dijadikan mangsa kenyataan berbaur perkauman di La Liga.

Selepas perlawanan, Vinicius membuat catatan di Twitter bagi mengetengahkan apa yang dialaminya.

Beliau menyatakan La Liga “tergolong daripada orang yang bersifat perkauman” dan “di Brazil, Sepanyol diketahui sebagai negara bersifat perkauman”.

Sebagai respons kepada catatan itu, Javier berkata sudah dua kali Vinicius tidak menghadiri pertemuan untuk membincangkan “apa yang boleh dilakukan dalam kes-kes berbaur perkauman”.

“Sebelum anda mengkritik dan memfitnah La Liga, anda perlu didik diri anda dengan betul,” tambahnya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan Richards, yang berkata perkauman bukan sekadar isu bola sepak, tetapi satu isu harian.

“Orang ramai tidak mengambil endah (tentang perkara ini) secukupnya dan itulah masalahnya.

“Jika orang ramai ambil endah, mereka sudah melakukan sesuatu terhadapnya,” ujar Richards.

Menyusuli perlawanan itu, Real Madrid membuat laporan kepada pejabat pendakwa raya Sepanyol dan menyifatkan insiden itu sebagai jenayah kebencian.

Pendakwa raya Sepanyol kini akan memutuskan sama ada untuk meneruskan siasatan jenayah.

Dalam satu catatan terbaru di Instagram pada Selasa, Vinicius menyenaraikan kejadian bersifat perkauman yang dialaminya musim ini dan berkata ia bukanlah “kes terpencil”.

“Masalah ini sangat serius dan kenyataan media tidak berguna lagi. Ini bukan bola sepak, ini sikap tidak berperikemanusiaan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >