Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Postecoglou bantah pandangan Wenger agar juara Liga Europa tidak diberi tempat ke Liga Juara-Juara

May 8, 2025 | 3:38 PM
Arsene Wenger, Arsenal, Fifa
Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang kini ketua pembangunan bola sepak global Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), berpendapat bahawa pemenang Liga Europa sepatutnya hanya layak untuk Liga Europa bagi musim seterusnya dan bukan untuk Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS

LONDON: Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang kini mengetuai pembangunan bola sepak global Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), mempersoalkan mengapa juara Liga Europa layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.

Pasukan kendalian Ange Postecoglou, Tottenham Hotspur, mempunyai kelebihan 3-1 menjelang aksi timbal balik separuh akhir kedua Liga Europa menentang Bodo-Glimt di Aspmyra Stadion pada 8 Mei (9 Mei waktu Singapura).

Namun dalam Liga Perdana England (EPL), mereka berada di tangga ke-16, manakala Manchester United – yang mendahului 3-0 ke atas Athletic Club dalam satu lagi perlawanan separuh akhir – berada di tempat ke-15.

Pemenang kededua perlawanan itu akan bertemu dalam final di Bilbao, Sepanyol, pada 21 Mei.

Kededua pasukan tidak layak ke kejohanan Eropah melalui kedudukan liga, namun berpeluang beraksi dalam liga elit Juara-Juara sekiranya menjuarai Liga Europa musim ini nanti dengan Postecoglou lantang melahirkan rasa tidak bersetuju dengan pandangan Wenger.

“Ini memang peraturan pertandingan. Kenapa ia bukan menjadi isu sebelum ini tetapi sekarang? Apa sebenarnya yang berubah?” katanya.

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) mula memperkenalkan peraturan yang memberi juara Liga Europa tempat ke Liga Juara-Juara bermula 2014, namun Wenger tidak bersetuju dengan dasar itu.

Baginya, tempat ke Liga Juara-Juara sepatutnya diperoleh atas dasar prestasi, bukan secara automatik, terutamanya apabila sudah ada lima slot untuk EPL.

Walaupun begitu, beliau turut mengakui bahawa tawaran tempat dalam Liga Juara-Juara menjadikan Liga Europa lebih berdaya saing dan menarik. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg