Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Son, kapten Korea Selatan kini kapten baru Spurs

Aug 15, 2023 | 03:31 PM



Son Heung-min telah dinamakan sebagai kapten pasukan Tottenham Hotspurs oleh pengurus baru Spurs, Ange Postecoglou, pada 12 Ogos sebelum perlawanan pembuka musim Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka menentang Brentford.

Son, yang berada di kelab London itu sejak 2015 dan telah menjaringkan 103 gol dalam EPL, mengambil alih jawatan kapten daripada penjaga gol Perancis, Hugo Loris, lapor The Straits Times (ST).


Berikut adalah fakta menarik tentang bintang Korea Selatan ini.

Beliau menghabiskan lima tahun dalam Bundesliga (Liga Jerman) sebelum berpindah ke England.

Son meninggalkan Korea Selatan ketika berusia 16 tahun untuk menyertai Program Belia Hamburger SV dan menjadi penjaring gol terbanyak dan termuda kelab itu apabila beliau berusia 18 tahun.

Pada 2013, beliau berpindah ke kelab bola sepak Jerman, Bayer Leverkusen, dengan nilai pemindahan rekod kelab 10 juta Euro ($14.7 juta).

Beliau juga merupakan kapten pasukan nasional sejak 2018, memimpin pasukannya di Piala Asia Gabungan Bola Sepak Asia 2019 dan Piala Dunia Qatar 2022.

Son juga menggalas tanggungjawab selaku kapten pasukan bawah 23 tahun di Sukan Asia 2018.

Son merupakan warga Asia paling prolifik dalam EPL dengan 103 gol. Beliau juga mencapai dua angka jumlah gol liga untuk musim ketujuh berturut-turut. Son berkongsi anugerah But Emas dengan Mohamad Salah pada musim 2021-2022 apabila mereka berdua menamatkan musim dengan 23 gol.

Son adalah satu-satunya warga Asia yang telah memenangi anugerah itu.

Beliau diberikan pengecualian daripada menjalani tempoh ketenteraan wajib sepenuhnya. Pengecualian tersebut akan diberikan kepada atlet yang memenangi pingat emas semasa mewakili negara sama ada di Sukan Olimpik atau Sukan Asia.

Son telah memimpin negaranya menjadi juara Sukan Asia 2018, dengan mencatatkan dua ‘assist’ di peringkat akhir. Oleh itu, beliau hanya perlu menjalani latihan asas tentera selama tiga minggu.

Setiap kali Son menjaringkan gol, beliau meraikannya dengan cara ikonik, di mana beliau akan berpura-pura mengambil gambar.

Beliau telah menjelaskan bahawa ia adalah untuk melambangkan menyelamatkan memori, kerana beliau ingin menyimpan semua saat-saat yang dinikmatinya dalam ingatannya.

Bapa Son, Woong-jung, merupakan bekas pemain bola sepak profesional dan telah memperkenalkan anaknya kepada asas bola sepak.

Beliau melatih anaknya hingga usia 14 tahun, apabila beliau ke Sekolah Tinggi Dongbuk untuk melanjutan pelajaran dan kerjayanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >