Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Potter pengurus baru West Ham

Jan 9, 2025 | 2:50 PM
Bekas pengurus Chelsea, Graham Potter, menjadi pengurus baru West Ham, dengan harapan  meningkatkan prestasi kelab itu, yang kini berada di tempat ke-14 Liga Perdana England (EPL).
Bekas pengurus Chelsea, Graham Potter, menjadi pengurus baru West Ham, dengan harapan meningkatkan prestasi kelab itu, yang kini berada di tempat ke-14 Liga Perdana England (EPL). - Foto REUTERS

LONDON: Selepas 647 hari dipecat sebagai pengurus Chelsea, kini Graham Potter akan menjadi pengurus baru West Ham.

Bekas pengurus Brighton itu pernah dicalonkan sebagai pengurus England pada musim panas lalu dan bersaing bagi jawatan itu di Ajax, Leicester City dan Sweden.

Potter mengakui bahawa pemecatannya daripada Chelsea “sangat menyakitkan” dan, walaupun beliau hanya berkhidmat selama tujuh bulan, kesannya masih terasa.

Dalam beberapa penampilan media baru-baru ini, pengurus berusia 49 tahun itu berkata beliau “bersedia” kembali ke dunia bola sepak tetapi peranannya “perlu yang betul”.

Seorang bekas pemain pertahanan di kelab seperti Birmingham, Stoke dan West Brom, Potter mengukuhkan dirinya sebagai salah satu prospek pengurus paling menarik di Brighton – apabila beliau mengubah pasukannya daripada sebuah pasukan yang sering terancam dengan penyingkiran secara konsisten kepada sebuah kelab Liga Perdana England (EPL) mantap dengan gaya permainan lebih mencabar.

Bekas penyerang Seagulls, Glenn Murray, bermain di bawah pengurusannya dan berkata Potter seorang “pengurus yang mengancam cara pemikiran pemain” dengan sering “mempelajari setiap lawan dengan teliti”.

Di tengah-tengah tumpuan kepada jurulatih mengekalkan cara taktikal mereka, seperti Ange Postecoglou dan Ruben Amorim, Murray berkata gaya Potter lebih fleksibel dan beliau tidak takut membuat perubahan pada formasi atau taktik semasa perlawanan.

West Ham meraih kejayaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah bekas pengurus mereka, David Moyes – memenangi Liga Persidangan Europa 2022-23 dan bersaing dalam Liga Europa pada musim seterusnya.

Walaupun pemergiannya penghujung musim lalu kelihatan luar biasa dari luar, ada pendapat bahawa tempoh perkhidmatan Moyes di Stadium London sudah tiba penghujungnya, dengan peminat menggesa gaya permainan lebih progresif.

Bekas pengurus Hammers, Harry Redknapp, berkata: “Ia bukan pasukan yang mudah diurus – jangkaan di sana sangat tinggi. Kepada sesiapa sahaja yang pergi ke sana, mereka bukan sahaja perlu melahirkan sebuah pasukan yang sering menang, malah melahirkan sebuah pasukan yang bermain seperti yang dikatakan peminat West Ham sebagai cara permainan West Ham.”

Tetapi Murray, yang bermain juga untuk Crystal Palace, Bournemouth dan Nottingham Forest, berasa West Ham amat “sesuai” untuk Potter jika diberi masa.

“Mereka mahukan jenama bola sepak yang lebih baik dimainkan di Stadium London, dan saya fikir beliau akan dapat melakukannya,” katanya.

Murray menambah bahawa cara permainan “bola sepak menghiburkan” tidak datang semalaman.

Beberapa sumber memberitahu BBC Sport Potter mendapat menerima tawaran lain sejak meninggalkan Chelsea, tetapi beliau memilih West Ham kerana pemilikan kelab itu yang stabil dan rekod prestasi yang memberi pengurus masa untuk membina pasukannya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg