Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi pelumba remaja Antonelli terjejas akibat ‘silap langkah’ Mercedes

Jul 30, 2025 | 4:40 PM
Bintang muda Mercedes, Kimi Antonelli, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Canada pada Jun, dan meraih pencapaian podium pertamanya dalam Formula Satu. Namun, sejak itu beliau gagal mengutip sebarang mata. 
Bintang muda Mercedes, Kimi Antonelli, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Canada pada Jun, dan meraih pencapaian podium pertamanya dalam Formula Satu. Namun, sejak itu beliau gagal mengutip sebarang mata.  - Foto REUTERS

LONDON: Mercedes telah melakukan beberapa kesilapan dalam pembangunan kereta Formula Satu (F1), dan prestasi hambar pelumba remaja dari Italy, Kimi Antonelli, adalah akibat daripada kesilapan tersebut, menurut Pengarah Teknikal Mercedes, James Allison.

Antonelli, 18 tahun, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Canada Jun lalu, dan meraih pencapaian podium pertamanya dalam Formula Satu.

Namun, sejak itu beliau gagal mengumpul sebarang mata, lapor The Straits Times (ST).

Sejak perlumbaan di Montreal, beliau gagal menamatkan dua perlumbaan, menduduki tempat ke-17 dalam perlumbaan pecut di Belgium pada 26 Julai, dan berada di tempat ke-16 dalam perlumbaan Grand Prix pada 27 Julai.

Antonelli, yang pernah mengambil petak pertama dalam perlumbaan pecut di Miami dan merupakan pelumba termuda dalam sukan itu, gagal menamatkan perlumbaan sebanyak empat kali dalam tujuh pertandingan terakhir.

Di Belgium, beliau mengakui bahawa keyakinannya terhadap kereta Mercedes semakin merosot dan gaya pemanduannya tidak seperti yang diingini.

“Saya rasa beliau, seperti kami semua, sangat kecewa dengan rentetan keputusan yang jauh lebih buruk daripada apa yang kami capai secara bersama pada awal tahun ini (2025),” kata Allison dalam satu sesi taklimat selepas perlumbaan Belgium pada 29 Julai.

“Saya berharap beliau berasa sedikit tenang, apabila kami memaklumkan kepadanya, dan ini adalah fakta jelas, bahawa kami telah mengambil langkah yang salah dalam pembangunan kereta (Mercedes) ini, menjadikan pasukan kami kurang bersaing, dan bahawa kini, beliau menanggung akibatnya, begitu juga (pemandu) George (Russell).

“Jika kereta ini tidak berada pada tahap sepatutnya, sudah tentu sukar untuk melepasi sesi kelayakan dalam musim pertama sebagai pelumba F1,” ujar beliau.

Allison turut berkata bahawa “jelas sekali” kereta itu perlu diperbaiki, dan prestasi Antonelli dijangka bertambah baik seiring peningkatan prestasi kereta.

“Semoga beliau mendengar kata-kata dorongan yang kami berikan, kerana kami tahu beliau sedang melakukan yang terbaik,” tambahnya.

Mercedes kini berada di kedudukan ketiga secara keseluruhan, 28 mata di belakang Ferrari yang berada di tempat kedua, dengan satu kemenangan oleh Russell di Canada.

Russell telah meraih kedudukan podium sebanyak lima kali dan kini menduduki tempat keempat secara keseluruhan dengan 157 mata, manakala Antonelli meraih 63 mata setakat ini. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg