Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi penyerang EPL setakat ini

Penyerang seperti Hugo Ekitike, Alexander Isak, Viktor Gyokeres dan Benjamin Sesko kuasai jendela perpindahan musim panas
Oct 20, 2025 | 5:00 AM
EPL, penyerang, Ekitike
Penyerang seperti, Hugo Ekitike, Alexander Isak, Viktor Gyokeres dan Benjamin Sesko menguasai jendela perpindahan musim panas, dengan pelbagai kelab Liga Perdana England (EPL) berhasrat mengukuhkan serangan masing-masing. - Foto EPA

Tidak ada satu hari berlalu tanpa spekulasi sama ada juara bertahan musim Liga Perdana England (EPL) 2024/25, Liverpool, dan naib juara, Arsenal, akan mengukuhkan barisan penyerang, dengan Manchester United dan Chelsea turut dikaitkan membuat langkah serupa.

Peminat bola sepak menyaksikan penyerang menunjuk perasan, kelab mengumpan seteru dengan tawaran dan beberapa lagi jenis drama.

Dengan tempoh perlawanan antarabangsa Oktober yang sedang berlangsung, kelab-kelab mempunyai masa untuk merenung prestasi tujuh perlawanan yang sudah dimainkan.

Setakat ini, bagaimanakah prestasi penyerang terkenal yang membuat pemindahan? BBC menampilkan persembahan sembilan penyerang.

Thierno Barry, 22 tahun (Everton)

Thierno Barry (tengah) belum lagi mencatatkan gol atau assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) dalam musim EPL 2025/26.
Thierno Barry (tengah) belum lagi mencatatkan gol atau assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) dalam musim EPL 2025/26. - Foto REUTERS

Everton membelanjakan 27 juta paun ($46.5 juta) untuk mendapatkan penyerang, Thierno Barry, dari kelab Sepanyol, Villarreal, setelah beliau menjaringkan 11 gol pada musim La Liga 2024/25.

Namun, pemain Perancis itu mempunyai permulaan hambar di Everton, dan belum lagi menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan dalam semua pertandingan.

Dominic Calvert-Lewin, 28 tahun (Leeds United)

Dominic Calvert-Lewin (berjersi putih) telah menjaringkan satu gol dalam musim EPL 2025/26 setakat ini, ketika Leeds mengatasi Wolves 3-1 pada 20 September.
Dominic Calvert-Lewin (berjersi putih) telah menjaringkan satu gol dalam musim EPL 2025/26 setakat ini, ketika Leeds mengatasi Wolves 3-1 pada 20 September. - Foto REUTERS

Setelah menjaringkan 57 gol untuk Everton dalam tempoh sembilan tahun, Dominic Calvert-Lewin meninggalkan kelab itu secara percuma, lalu menyertai Leeds United yang baru dinaikkan daripada Liga Kedua Liga Bola Sepak England (EFL) ke EPL.

Calvert-Lewin telah disenaraikan dalam pasukan Leeds United dalam empat perlawanan EPL setakat ini.

Hugo Ekitike, 23 tahun (Liverpool)

Hugo Ekitike telah menjaringkan tiga gol dan satu assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) sejak musim EPL 2025/26 bermula.
Hugo Ekitike telah menjaringkan tiga gol dan satu assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) sejak musim EPL 2025/26 bermula. - Foto AFP

Ekitike, yang berasal dari Perancis, menjadi buruan pada jendela perpindahan musim panas.

Liverpool mengalihkan tumpuan kepada Ekitike setelah menghadapi rintangan menandatangani Alexander Isak dari Newcastle.

Liverpool berjaya mendapatkannya daripada Eintracht Frankfurt dengan sejumlah 69 juta paun.

Beliau dengan segera menawan peminat di Anfield, tetapi masih ada kebimbangan tentang bagaimana beliau dan Isak boleh bergabung dengan lancar.

Viktor Gyokeres, 27 tahun (Arsenal)

Viktor Gyokeres (berjersi merah) ncatat tiga gol dalam musim EPL 2025/26. Beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-0 menentang Leeds pada 24 Ogos dan satu gol ketika mengatasi Nottingham Forest 3-0 pada 13 September.
Viktor Gyokeres (berjersi merah) ncatat tiga gol dalam musim EPL 2025/26. Beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-0 menentang Leeds pada 24 Ogos dan satu gol ketika mengatasi Nottingham Forest 3-0 pada 13 September. - Foto AFP

Penyerang berasal dari Sweden ini menjaringkan 54 gol dalam 52 perlawanan pada musim 2024/25 ketika beraksi di kelab Portugal, Sporting, dan membantu kelab itu merangkul piala Liga Portugal untuk kali kedua berturut-turut.

Sejak berpindah ke Arsenal pada musim panas baru-baru ini, beliau sudah bermain tujuh perlawanan EPL bersama skuad utama dan memulakan permainan dalam dua kemenangan Arsenal dalam kempen Liga Juara-Juara.

Alexander Isak, 26 tahun (Liverpool)

Walaupun pemindahannya dari Newcastle ke Liverpool menjadi topik hangat musim panas, Alexander Isak hanya mampu mencatat satu assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) setakat ini.
Walaupun pemindahannya dari Newcastle ke Liverpool menjadi topik hangat musim panas, Alexander Isak hanya mampu mencatat satu assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) setakat ini. - Foto REUTERS

Pemindahan Alexander Isak dari Newcastle ke Liverpool dengan jumlah 125 juta paun, adalah topik hangat jendela perpindahan musim panas.

Namun, tanpa persiapan pramusim yang mencukupi, Isak mempunyai permulaan yang kurang memberangsangkan di Liverpool.

Beliau belum mampu membuat percubaan yang menemui sasaran dalam tiga perlawanan EPL pertamanya.

Igor Jesus, 24 tahun (Nottingham Forest)

Igor Jesus belum mampu mencatatkan gol atau assist (hantaran yang membuka peluang jaringan), dalam musim EPL 2025/26.
Igor Jesus belum mampu mencatatkan gol atau assist (hantaran yang membuka peluang jaringan), dalam musim EPL 2025/26. - Foto REUTERS

Penyerang dari Brazil ini berpindah dari kelab Brazil, Botafogo, ke Nottingham Forest dengan bayaran 10 juta paun pada Julai 2025.

Jesus belum mampu menjaringkan gol dalam EPL, tetapi berjaya menghasilkan empat gol dalam Piala Carabao dan Liga Eropah.

Joao Pedro, 24 tahun (Chelsea)

Penyerang berasal dari Brazil, Joao Pedro, sudah menghasilkan dua gol dan tiga assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) dalam musim EPL 2025/26.
Penyerang berasal dari Brazil, Joao Pedro, sudah menghasilkan dua gol dan tiga assist (hantaran yang membuka peluang jaringan) dalam musim EPL 2025/26. - Foto AFP

Chelsea mendapatkan Joao Pedro dari Brighton untuk kontrak selama lapan tahun dengan bayaran perpindahan 60 juta paun.

Joao Pedro menyertai Chelsea ke Amerika Syarikat untuk bermain dalam Piala Dunia Kelab 2025, dan menjaringkan dua gol dalam pusingan separuh akhir serta membantu pasukan itu mengatasi Paris St Germain dengan menjaringkan satu gol untuk menjuarai pertandingan tersebut.

Benjamin Sesko, 22 tahun (Manchester United)

Penyerang baru Machester United berasal dari Slovenia, Benjamin Sesko, sudah mencatatkan dua gol sejak beraksi dalam musim EPL 2025/26.
Penyerang baru Machester United berasal dari Slovenia, Benjamin Sesko, sudah mencatatkan dua gol sejak beraksi dalam musim EPL 2025/26. - Foto EPA

Apabila disertakan dalam kesebelasan utama Manchester United buat kali pertama dalam perlawanan Piala Carabao, penyerang asal Slovenia ini tidak dapat melakukan apa-apa kerana mereka ditewaskan oleh kelab liga keempat Grimsby Town.

Namun, Sesko telah menjaringkan dua gol baru-baru ini, ketika menentang Brentford pada 27 September dan Sunderland pada 4 Oktober.

Nick Woltemade, 23 tahun (Newcastle United)

Penyerang Jerman, Nick Woltemade, dibawa masuk untuk menggantikan Alexander Isak.

Dengan ketinggian 1.98m, Woltemade membawa kesan serta-merta kepada kelabnya dengan menjaringkan satu gol semasa penampilan sulungnya menentang Wolves 1-0 pada 13 September. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg