Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PSG menang selesa 3-0 ke atas AC Milan

LIGA JUARA-JUARA
Oct 26, 2023 | 2:05 PM
PENGGUGAT LAWAN: Penyerang Kylian Mbappe meraikan golnya yang memulakan jaringan Paris Saint Germain dalam kemenangan 3-0 ke atas AC Milan.
PENGGUGAT LAWAN: Penyerang Kylian Mbappe meraikan golnya yang memulakan jaringan Paris Saint Germain dalam kemenangan 3-0 ke atas AC Milan. - Foto EPA-EFE

PARIS: Kylian Mbappe menjaringkan gol ketika Paris St-Germain (PSG) untuk membantu kelab itu naik ke tangga teratas Kumpulan F dengan menewaskan AC Milan dalam Liga Juara-Juara.

PSG kini mempunyai dua mata lebih banyak daripada Borussia Dortmund, yang menewaskan Newcastle 1-0 pada Rabu dan berada di tangga kedua.

Mbappe menyumbang gol pertama PSG pada minit ke-32 dengan rembatan ke sudut bawah gawang Milan.

Gol separuh masa kedua oleh Randal Kolo Muani dan Lee Kang-in memastikan kemenangan meyakinkan bagi juara Perancis itu.

Mbappe, yang kini telah menjaringkan 13 gol dalam 13 perlawanan buat PSG dan Perancis musim ini, memanfaatkan gerakan hebat Warren Zaire-Emery, yang berusia 17 tahun, untuk menewaskan penjaga gol Milan, Mike Maignan, dengan rembatannya dari tepi kotak penalti.

Pasukan Luis Enrique itu menguasai permainan dan menyangka mereka telah menambahkan jaringan mereka pada minit ke-48, tetapi sepakan Ousmane Dembele yang baik dibatalkan oleh video penolong pengadil (VAR) disebabkan satu kekasaran yang berlaku sebelum jaringan itu.

Lima minit kemudian, PSG mendapatkan gol kedua selepas percubaan Dembele diselamatkan oleh Maignan tetapi bola dimasukkan oleh Kolo Muani.

Maignan juga menyelamatkan satu percubaan lewat Mbappe.

Pemain gantian Lee Kang-in melengkapkan kemenangan PSG dengan satu jaringan melalui gerakan hebat sekali lagi oleh pemain remaja Zaire-Emery.

Milan kekal tanpa kemenangan dalam Liga Juara-Juara musim ini, di tempat terbawah Kumpulan F dengan hanya dua mata daripada tiga perlawanan pembukaan mereka. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg