Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Puasa bukan penghalang bagi atlet terus giat berlatih

Apr 10, 2023 | 05:30 AM



KURANG sebulan menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja, persiapan bagi temasya sukan dwitahunan itu pada 5 hingga 17 Mei sedang giat dijalankan.



Ini walaupun para atlet perlu berlatih secara intensif sambil menahan lapar dan dahaga pada Ramadan.



Akur ia mencabar, jurulatih dan atlet yang dihubungi Berita Harian berkata mereka telah membuat penyesuaian pada latihan untuk memastikan kemajuan persediaan Sukan SEA tidak terjejas semasa Ramadan.



Penolong jurulatih pasukan silat nasional Singapura, Noh Mohd Sharif, berkata bahawa cabaran terbesar yang dihadapi jurulatih semasa mengendalikan latihan pada Ramadan adalah membentuk program latihan yang sesuai dalam keadaan berpuasa tetapi kekal bermanfaat untuk atlet.



"Kami perlu ingat bahawa mereka tidak dapat minum air dan pulih seperti biasa antara setiap set dan lantas kami harus menyesuaikan setiap program," kata beliau.



Pasukan silat negara berlatih dua kali sehari pada waktu petang dan malam dari Isnin hingga Jumaat. Setiap sesi berlangsung selama dua jam di Dewan OCBC Arena.



"Memandangkan atlet berpuasa pada sesi petang, kami menyesuaikan latihan mengikut kesesuaian keadaan. Latihan petang lebih kepada gerakan eksplosif dan teknikal. Ini membolehkan mereka memperhalusi teknik yang diingini sambil tidak menjejaskan penghidratan," ujarnya lagi.



Noh menambah bahawa pada awalnya rutin latihan baru itu agak payah untuk para pesilat kerana mereka "belum biasa dengan keadaan itu".



"Namun hari demi hari, setiap seorang daripada mereka menjadi lebih selesa dengan perubahan dan dapat berlatih dengan baik. Kekuatan mental dan daya tahan menjadi lebih kukuh setiap hari dan kami dapat menyaksikannya dalam latihan," jelas beliau.



Dalam gelanggang sepak takraw di Dewan Heartbeat @ Bedok, jurulatih pasukan sepak takraw lelaki nasional Singapura, Padzli Othman, pula melewatkan waktu latihan selama 45 minit.



Ini untuk membenarkan pemain memberikan usaha yang optimum dalam latihan selepas berbuka.



Latihan pada Ramadan bermula pada 8.30 malam dan dikendalikan selama sekitar dua jam.



Mereka berlatih setiap hari pada Isnin hingga Jumaat.



"Ia adalah mencabar untuk mendapatkan pemain berlatih bersama pada Ramadan kerana ada juga yang kerja syif.



"Tetapi, saya sering mengingatkan pemain bahawa kami perlu fokus sekarang dan mewakili negara di Sukan SEA adalah satu amanah yang diberikan kepada mereka," kata beliau.



Bagi para atlet negara, mereka telah biasa berlatih sambil berpuasa tetapi perlu membuat penyesuaian dari segi pemakanan dan waktu tidur.



Kapten pasukan sepak takraw lelaki Singapura, A'fif Safiee, berkata: "Kami tidak berdepan masalah besar menjalani latihan pada Ramadan sebab sebelum ini pernah berlatih sambil berpuasa.



"Mungkin, yang mencabarnya adalah untuk jaga makan - tidak boleh makan terlalu banyak sebelum pergi latihan."



Pesilat Singapura, Nurshahfareeq Shahrudin, berkongsi bahawa cabaran dihadapinya adalah mengimbangi pelajaran dan latihan.



"Memandangkan latihan habis lewat, saya masih perlu bangun awal untuk makan sahur supaya dapat mengisi tenaga sepanjang hari dan semasa latihan.



"Saya juga mesti mengawal diet semasa berbuka puasa untuk mengelakkan daripada menambah berat badan yang tidak diingini tetapi tidak kehilangan nutrien penting. (Rejim bulan Ramadan ini) semua tentang mempunyai konsistensi dan disiplin dalam diri," tambah beliau yang bakal membuat penampilan sulungnya dalam Sukan SEA di Kemboja.




"Memandangkan atlet berpuasa pada sesi petang, kami menyesuaikan latihan mengikut kesesuaian keadaan. Latihan petang lebih kepada gerakan eksplosif dan teknikal. Ini membolehkan mereka memperhalusi teknik yang diingini sambil tidak menjejaskan penghidratan."
- Noh Mohd Sharif, penolong jurulatih pasukan silat nasional Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >