Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusingan suku akhir 4 pasukan dijangka sengit

Jul 3, 2024 | 4:42 PM
Pemain midfield Jerman, Toni Kroos (kanan), kembali menyertai pasukan nasional menjelang Euro 2024 setelah bersara daripada bola sepak antarabangsa tiga tahun sebelumnya.
Pemain midfield Jerman, Toni Kroos (kanan), kembali menyertai pasukan nasional menjelang Euro 2024 setelah bersara daripada bola sepak antarabangsa tiga tahun sebelumnya. - Foto EPA-EFE

Suku akhir Euro 2024 menjanjikan pertarungan yang sengit lagi mendebarkan, dengan empat negara sama ada Jerman, Perancis, Sepanyol atau Portugal – semuanya pasukan gergasi Eropah dan dianggap pesaing untuk merebut takhta kemenangan – berdepan penyingkiran awal apabila mereka menentang satu sama lain dalam aksi bak “final”.

Sementara itu, dua lagi perlawanan suku akhir dijangka dapat menimbulkan kejutan, dengan Switzerland dan Turkey kelihatan yakin dan berupaya mengecewakan England dan Belanda – dua pasukan yang baru sahaja menemui rentak permainan yang diharapkan.

Pada awal pagi 6 Julai, pasukan tuan rumah, Jerman, menyambut cabaran daripada pasukan “paling hangat” dalam kejohanan, Sepanyol, di Arena Stuttgart.

Pertempuran antara kededua juara yang masing-masing memiliki tiga gelaran Euro – iaitu lebih daripada mana-mana pasukan lain – adalah ulangan perlawanan Piala Dunia 2022 yang berakhir 1-1.

Keputusan seri pastinya tidak menjadi kesudahan perlawanan suku akhir ini.

Pemain sayap Jerman, Leroy Sane berkata pasukannya berupaya “menyingkir” Sepanyol, dengan kepulangan yang mengagumkan pemain midfield, Toni Kroos, dalam skuad.

Pemenang Piala Dunia 2014, Kroos, yang kembali menyertai pasukan nasional menjelang Euro 2024 setelah bersara daripada bola sepak antarabangsa tiga tahun sebelumnya, telah mengembalikan kawalan dalam skuad Jerman.

“Sebelum ini, kami sentiasa tidak cukup stabil, itulah kelemahan besar kami. Dia menghilangkan kelemahan itu dengan ketenangan yang dibawa bersamanya. Sekarang, permainan berjalan lancar dan kami gembira dia kembali dan menjadikan pasukan lebih kuat,” kata Kroos.

Jerman kekal tidak dikalahkan dalam Euro 2024 sejauh ini.

Sepanyol juga pasukan yang telah menunjukkan prestasi mantap dalam kejohanan, menjadi satu-satunya pasukan untuk menang semua empat perlawanan mereka, dengan menjaringkan sembilan gol dan membolos satu sahaja.

Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal, berkata mereka “tidak akan berehat” setelah kini dianggap “pasukan pilihan” untuk memenangi Euro 2024.

Prestasi skuad La Roja dalam Kejohanan Eropah telah mengubah persepsi orang ramai – dengan mereka yang sebelumnya meragui Sepanyol kini menyokong pasukan itu untuk pergi jauh, menurut penyerang Real Sociedad itu.

“Kami berpegang pada idea yang sama dan meneruskan dengan cara yang sama, mempercayai diri kami sendiri, mengetahui kami mampu bersaing dengan sesiapa sahaja,” tambah Oyarzabal.

Dalam satu lagi aksi “final” pada 6 Julai, Portugal akan bertemu Perancis, yang bakal menyaksikan dua wira kegemaran dunia bola sepak berentap.

Portugal akan mendambakan kemenangan untuk memberi kapten pasukan, Cristiano Ronaldo, pengakhiran yang sempurna dalam penampilan terakhirnya dalam Kejohanan Eropah. Bintang Al Nassr berusia 39 tahun itu mengesahkan Euro 2024 “tanpa dinafikan” akan menjadi yang terakhirnya.

Ronaldo menitiskan air mata setelah terlepas menyempurnakan sepakan penalti dalam masa tambahan, meskipun Portugal berjaya mengatasi Slovenia menerusi penentu sepakan penalti. Menentang Perancis, ia diharapkan tangisan kegembiraan pula akan menyambutnya apabila wisel penamat ditiup di Hamburg.

Berbeza dengan Kylian Mbappe, tangisan tidak akan kelihatan di raut wajah kapten Perancis itu, yang memakai topeng semasa bermain untuk melindungi hidungnya yang patah.

Topeng itu bagaimanapun bermasalah, dengan Mbappe mengadu ia menjejas daya penglihatannya, yang juga jelas oleh jumlah jaringannya setakat ini iaitu hanya juga sepakan penalti menentang Poland. Beliau sudah memakai tiga jenis topeng yang berbeza.

Tumpul di depan gawang lawan dengan hanya tiga gol dalam empat perlawanan, Mbappe berharap kakitangan di balik tabir Perancis telah menjumpai topeng yang sesuai untuknya supaya beliau dapat bertemu prestasinya semula.

Sementara itu, Switzerland – yang semakin mengagumkan setelah menewaskan juara bertahan, Italy, 2-0 dalam aksi peringkat 16 pasukan terakhir – mampu melakar kejutan menentang England pada 7 Julai.

Bahkan, Switzerland kini dianggap sebagai “kuda hitam” kejohanan. Namun begitu, jurulatih Switzerland, Murat Yakin, enggan mudah berpuas hati dan ingin pemainnya “kekal berpijak di bumi yang nyata”.

England pula boleh memandang positif semangat juang mereka dalam kemenangan 2-1 ke atas Slovakia pada waktu tambahan.

Setelah mempunyai permulaan yang perlahan dengan gaya permainan yang dikritik “membosankan”, prestasi skuad kendalian Gareth Southgate tidak boleh lagi menurun.

Jude Bellingham sekali lagi dijangka akan menjadi tonggak inspirasi untuk kemenangan England, tetapi pemain lain The Three Lions juga harus bangkit lebih baik dan berkongsi beban tekanan untuk mereka menempah tempat dalam suku akhir.

Dalam pada itu, Belanda kelihatan sudah menemui rentak mereka selepas menang 3-0 ke atas Romania pada peringkat 16 pasukan terakhir. Tetapi, Turkey telah menunjukkan mereka bukan calang-calang pasukan apabila mengejutkan Austria dengan kemenangan 2-1.

Kesimpulannya, mengharapkan sesuatu yang tidak dijangka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg