Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RAGBI

Wira ragbi S’pura 1978 bakal bertemu, kenang zaman gemilang

Sep 22, 2023 | 02:32 PM



Mengimbas kembali kejayaan pasukan ragbi Singapura 1978, tiga mantan pemain bintang – Buzari Kayat, Mohd Taib Omar, dan Alfred Lee – mengimbau kenangan bersama era gemilang mereka dan ikatan persahabatan yang masih lagi berkekalan hari ini.

Apabila mengenang masa lalu, semangat mereka untuk bertemu semula dengan semua rakan sepasukan pada Sabtu terus membara. 

Pada 1978, pasukan ragbi Singapura mencapai prestasi terbaik setelah memenangi Piala MRU buat pertama kali selepas 44 tahun menyertainya. 

Kemenangan menentang Batalion Infantri Diraja New Zealand (RNZIR) dan Blackhawks TUDM pada pertandingan separuh akhir dan akhir, masing-masing terpahat dalam sejarah sukan Singapura.

Pasukan 1978 tidak berhenti di Piala MRU, malah mereka meneruskan kejayaan dengan merangkul tempat ketiga dalam kejohanan Ragbi Asia keenam yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Perjalanan kejayaan mereka mendapat pujian daripada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), dengan pemain Song Koon Poh; jurulatih pasukan, Natahar Bava; dan seluruh skuad kebangsaan 1978 menerima anugerah berprestij.

Bagi Buzari, Mohd Taib dan Aflred, kenangan pada 1978 terus terpahat dalam ingatan.

Mereka mengenang kembali detik penuh debaran di padang, latihan tanpa henti di bawah bimbingan jurulatih, Bava dan kegembiraan kemenangan yang tidak terkata.

Kenangan rejimen latihan ketat jurulatih Bava, termasuk larian naik dan turun Gunung Faber yang melelahkan, berlari di pantai yang mencabar dan berjalan kaki ketam atau ‘crab walk’, terukir dalam fikiran mereka.

Sesi latihan itu meletakkan asas bagi strategi kejayaan pasukan – menggunakan kelajuan dan kecergasan untuk memperdaya dan menewaskan lawan mereka secara fizikal.

Ia adalah strategi yang berkesan dan menyumbang kepada kemenangan bersejarah Piala MRU mereka.

“Jurulatih Bava, seorang tenaga pengajar fizikal sekolah Amerika terlatih yang menamatkan kursus di Amerika Syarikat, mendapat pengaruh yang ketara daripada latihan sistem American College. Pengalaman dan pengetahuan beliau memainkan peranan penting dalam penekanan yang tidak berbelah bahagi.

“Ini bagi mengutamakan kecergasan dan akhirnya menyumbang kepada keupayaan kami untuk mengekalkan kekuatan dan kesejahteraan fizikal,” kata Alfred.

Keakraban yang mereka kongsikan dalam sesi latihan yang sengit dan di atas padang tetap menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka itu.

Ikatan persahabatan dan kemesraan yang terjalin benar-benar menonjol bagi mereka.

Buzari meluahkan: “Mereka bukan sahaja rakan pasukan bahkan mereka sahabat yang menghadapi susah senang bersama dan bersatu hati tanpa mengira mereka bermain untuk siapa.

“Tiada kejayaan peribadi, ia adalah kejayaan pasukan. Dengan tekad yang kukuh dan tanpa mengira latar belakang, kami mewakili Singapura dalam usaha mencapai kemenangan, mengharumkan nama Singapura, semuanya sambil bersatu hati.”

Ketiga-tiga mantan pemain bintang itu tidak sabar untuk pertemuan di Hotel Amara untuk menghidupkan semula detik-detik nostalgia, 45 tahun selepas kejayaan bersejarah mereka dalam Piala MRU.

Acara pertemuan itu akan dijayakan bersama tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

“Bertemu rakan-rakan lama membawa keceriaan buat saya dan saya berharap agar perhimpunan seperti ini diteruskan pada masa hadapan, insya-Allah,” kata Mohd Taib.

Pertemuan semula itu bukan hanya tentang kemenangan; ia mengenai semangat setiakawan yang berkekalan dan kenangan yang telah diuji masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >