Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat Sepanyol sambut kepulangan ‘Raja Eropah’

Jul 16, 2024 | 2:48 PM
Pemain kebangsaan Sepanyol menaiki bas untuk meraikan kejayaan Euro 2024 bersama rakyat Sepanyol di Madrid.
Pemain kebangsaan Sepanyol menaiki bas untuk meraikan kejayaan Euro 2024 bersama rakyat Sepanyol di Madrid. - Foto AFP

MADRID: Mengibarkan bendera serta berpakaian merah dan kuning Sepanyol, puluhan ribu rakyat Sepanyol menyambut kepulangan pasukan bola sepak lelaki negara itu di ibu kota Madrid selepas mereka menjuarai Euro 2024.

“Juara, juara!” penyokong menjerit ke arah pemain dan jurulatih, yang meraikan kejayaan mereka dalam bas dua tingkat dengan kawasan atas terbuka, sambil piala diletakkan di hadapan dengan mesej “Ia hanya permulaan” dipaparkan pada perarakan itu.

Sepanyol menewaskan England 2-1 pada perlawanan akhir Euro 2024 pada 15 Julai di Berlin.

Pihak pemerintah Sepanyol memuji kemenangan itu dan gaya permainan pasukan negara, manakala beberapa penyokong berkata pemain berjaya memupuk perpaduan dalam negara yang mempunyai sejarah ketegangan wilayah dan perpecahan ideologi politik.

“Kami adalah sebuah negara yang hebat. Hari seperti ini penting untuk kami ingat bahawa bendera ini mewakili kita semua,” kata penyokong muda bernama Borja kepada penyiar nasional TVE.

Beliau memuji bintang Sepanyol berusia 17 tahun yang sedang meningkat naik, Lamine Yamal, yang berkulit gelap dengan bapanya berasal dari Maghribi manakala ibunya dilahirkan di Equatorial Guinea.

“Kami melihat masalah perkauman (masih berterusan). Lamine Yamal akan memberi era baru kerana rakyat Sepanyol merangkumi pelbagai warna,” tambah Borja.

Penyokong Sepanyol yang juga terdiri daripada kanak-kanak dan mereka yang datang dari bahagian jauh Sepanyol membanjiri laluan (kaki lima) dan berdiri di balkoni untuk melambai ke arah pemain.

Pemain memakai kemeja-T putih bertulis “Raja Eropah” dan memaparkan nombor empat untuk menandakan gelaran Eropah keempat Sepanyol.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha dan cara permainan anda, tambahan pula dengan kegembiraan yang anda pamerkan ketika anda melakukannya,” kata Raja Sepanyol Felipe VI kepada pasukan itu dalam satu majlis di istananya.

Majlis itu turut dihadiri Ratu Letizia dan dua anak perempuannya yang memakai jersi kebangsaan.

“Kegembiraan seperti ini adalah baik untuk kami,” tambahnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg