Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA: BRIGHTON LWN LIVERPOOL

Ranjau sepanjang jalan bagi juara bertahan

Liverpool tidak lagi akan menang mudah
Jan 29, 2023 | 05:30 AM



HANYA beberapa musim lalu, keputusan perlawanan antara Liverpool dengan Brighton dapat diramalkan dengan terlalu mudah.



Bersenjatakan trio serangan yang dibentuk Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino, Liverpool terlalu gagah bagi kebanyakan kelab di England dan perkara yang sukar dipastikan adalah jumlah gol yang dijaringkan mereka.



Namun kini, Mane tiada, Firmino terjerumus di bangku simpanan atau bilik rawatan dan Salah terkial-kial hendak menjaringkan gol; dan Brighton menduduki tangga keenam dalam Liga Perdana England (EPL) tiga tangga dan dua mata di atas Liverpool.



Ini selepas Brighton menewaskan Liverpool 0-3 di tempat sendiri pada awal 2023, yang bermakna ia telah merampas empat daripada enam mata yang direbut antara kededua pasukan pada musim ini. Pertarungan kededua kelab di Anfield di awal musim berkesudahan dengan seri 3-3.



Urutan kejadian ini memaparkan Brighton mempunyai kelebihan - dari segi form dan psikologi - apabila berentap dengan Liverpool dalam Piala FA di Stadium Amex malam ini.



Dalam perlawanan dengan Chelsea minggu lalu - yang berkesudahan seri - Liverpool bak ketandusan idea untuk merintis peluang gol, walaupun jentera serangan anak didik Juergen Klopp disemarak sedikit apabila Trent Alexander-Arnol dalm Darwin Nunez dimasukkan dalam pada separuh masa kedua.



Kekurangan kreativiti dan kelas di bahagian midfield Liverpool sukar diselindungi, dengan kuartet mapan yang kini berusia 30-an Jordan Henderson, Thiago Alcantara, James Milner dan Fabinho tidak berhenti mencuba, tetapi usia tidak menyebelahi mereka.



Ini membenarkan pemain midfield Brighton menguasai bahagian padang itu dan menentukan rentak permainan, dengan pemain sayap dari Jepun, Kaoru Mitoma, bebas membuat larian dan memperdaya Alexander-Arnold berkali-kali dalam perlawanan itu, termasuk apabila beliau menyelinap mudah ke dalam petak penalti dan membuat hantaran bagi merintis gol kedua bagi Brighton.



Sejauh mana kekalahan kepada Brighton itu menjahanamkan peluang Liverpool untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan belum diketahui, tetapi Liverpool kini ketinggalan 10 mata di belakang Manchester United yang di tangga keempat, walaupun Liverpool telah beraksi kurang satu perlawanan.



Ia pula ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.



Kedudukan sebegini sememangnya tidak dijangka bagi Liverpool, yang hanya pada musim lalu bersaing sengit bagi empat trofi utama di Eropah, termasuk Liga Juara-Juara.



Ia telah melangkah ke pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara, di mana Real Madrid menanti bagi dua perlawanan pada 22 Februari dan 16 Mac nanti.



Namun, form Liverpool menjangkakan kemenangan dalam pertandingan yang kali terakhir dimenanginya pada 2019, itu adalah sukar.



KENAPA LIVERPOOL HAMBAR?



Sebaliknya, Piala FA - yang telah lapan kali dimenangi Liverpool - mungkin lebih dekat dengan genggaman dan adalah peluang memenangi trofi yang paling realistik baginya.



Justeru, kesebelasan utama yang diturunkan Klopp di Stadium Amex pada malam ini dijangka menunjukkan wajah dan 'taring' yang berbeza berbanding dengan pasukan yang diaibkan dua minggu lalu.



Klopp tidak akan memaafkan pemainnya jika mereka bukan sahaja tewas dua perlawanan berturut-turut kepada lawan yang sama, malah dengan cara yang sama.



Selepas perlawanan dengan Brighton itu, Alexander-Arnold berkata beliau juga kurang pasti kenapa form Liverpool di bawah jangkaan, tetapi berkata beliau dan pasukannya sedang berjuang setiap hari untuk bangkit.



"Perkara seperti ini sering berlaku dalam bola sepak dan kini ia berlaku kepada kami. Tapi kami enggan memberikan sebarang alasan.



"Apa yang mampu kami lakukan ialah berusaha dengan lebih gigih untuk bangkit," kata beliau.



Menjawab pertanyaan wartawan, Klopp akur skuadnya perlukan perubahan dan beliau telah melanjutkan kontrak dengan kelab itu sehingga musim panas 2026 kerana ingin berperanan dalam membuat demikian.



Klopp berkata beliau tidak terlalu setia kepada pemain yang dimilikinya pada masa ini dan tahu beliau perlu mengorak perubahan besar.



"Saya tidak berkata ia adalah cabaran paling sukar, tetapi ia dalah antara cabaran yang mendorong saya untuk mengikat kontrak baru.



"Pada saya, kami perlu berpandangan jangka panjang dalam perkara ini... ramai yang hanya melihat kepada hasil serta, memang itu penting juga, tetapi kita perlukan pandangan jangka panjang untuk memastikan kejayaan yang berkekalan," kata Klopp juga.



Dalam pada itu, menjelang pertemuan kedua dengan Liverpool dalam tempoh dua minggu ini, pengurus Brighton, Roberto De Zerbi, warga Italy yang dilantik menjadi pengurus selepas Graham Potter berpindah ke Chelsea, berkata beliau dan pasukkan tetap yakin dan tahu mereka perlu beraksi dengan sebaik-baiknya jika ingin menundukkan Liverpool dalam Piala FA dan mara ke pusingan selanjutnya.



"Keputusan lalu tidak akan mempengaruhi perlawanan ini, tetapi kami tahu, Liverpool adalah pasukan yang kuat dan begitu berbahaya.



"Sesiapa sahaja yang menganggap mereka pasukan yang mudah dikalahkan mempunyai tanggapan yang salah," kata beliau, bak rendah hati.



Namun, kebangkitan Brighton musim ini telah menarik perhatian, terutama selepas Potter meninggalkan kelab itu.



Brighton, yang telah memulakan musim dengan menewaskan Manchester United, tetap bermain dengan cara yang yakin dan berani; dan terus mengumpulkan mata apabila beraksi menentang kelab-kelab yang dianggap lebih besar seperti Liverpool dan Manchester United.



Kini, ia telah menembusi kedudukan liga yang memberinya peluang baik bagi melayakkan diri ke Liga Europa musim depan dan ia mempunyai peluang tipis untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Namun De Zerbi enggan berfikir terlalu panjang ke hadapan, katanya.



"Fokus kami sentiasa pada perlawanan yang seterusnya. Dan menjelang perlawanan Piala FA dengan Liverpool ini, fokus kami adalah kepada perlawanan itu," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >