Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rashford: Barcelona merupakan kelab di mana ‘impian jadi kenyataan’

Jul 24, 2025 | 5:17 PM
Penyerang England, Marcus Rashford, menyertai Barcelona secara pinjaman bagi musim 2025-26.
Penyerang England, Marcus Rashford, menyertai Barcelona secara pinjaman bagi musim 2025-26. - Foto AFP

BARCELONA: Marcus Rashford berkata bahawa Barcelona merupakan sebuah kelab di mana “impian menjadi kenyataan” apabila beliau menyertai juara La Liga tersebut pada 23 Julai secara pinjaman dengan pilihan untuk mengekalkan pemindahan tersebut.

Menurut laporan media, Barcelona akan membayar keseluruhan gaji penyerang England itu musim ini selepas Rashford bersetuju untuk menerima potongan gaji.

Jumlah bayaran yang diperlukan untuk mengekalkan pemindahan tersebut pula ditetapkan sekitar 30 juta euro ($45 juta) bagi pemain berusia 27 tahun itu.

“Saya tidak sabar. Saya rasa ia merupakan kelab di mana impian menjadi kenyataan. Mereka memenangi trofi dan piala utama,” kata Rashford.

“Untuk (pengurus Barcelona, Hansi Flick) membimbing pasukan yang agak muda dalam musim yang penuh kejayaan, dan kemudian untuk kembali pada pramusim, dan masih inginkan untuk lakukan lebih lagi membuktikan segala andaian saya tentang kelab ini. Dan semuanya perkara yang saya impikan,” tambahnya.

Pernah dilihat sebagai ikon dan bakat tempatan United, prestasinya di kelab tersebut telah menjunam.

Beliau juga menghadapi perselisihan dengan pengurus United, Ruben Amorim, yang membuka jalan untuknya ke Aston Villa secara pinjaman pada Februari.

“United kini dalam tempoh perubahan dan mereka sudah berada di tempoh itu agak lama. Saya tidak mempunyai sebarang kata-kata negatif untuk United kerana kelab tersebut telah menjadi sebahagian penting bukan sahaja bagi kerjaya saya tetapi kehidupan saya juga. Jadi, saya amat berterima kasih terhadap peluang itu,” kata Rashford.

“Namun, dalam kehidupan tidak semuanya berjalan selancar yang kami jangkakan. Ini merupakan bab baru bagi saya dan saya fokus sepenuhnya untuk memperbaiki diri saya dan membantu pasukan untuk memenangi trofi.”

Pemindahan tersebut adalah hasil perselisihan Rashford dengan Amorim, yang mempersoalkan usaha Rashford semasa perlawanan.

Rashford telah membuat 426 penampilan dan menjaring 138 gol bagi United dalam semua pertandingan.

Masih belum diketahui bila Rashford akan membuat penampilan pertama untuk Barca.

Kelab itu telah membatalkan perlawanan persahabatan pramusim mereka menentang Vissel Kobe di Jepun, dengan sebab pelanggaran kontrak, manakala dua perlawanan persahabatan mereka yang dijadualkan di Korea Selatan juga berisiko dibatalkan. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg