Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rashford bidas dakwaan ‘karut’ berkaitan hasrat tinggalkan United

Jan 2, 2025 | 2:06 PM
Satu laporan mengatakan penyerang England, Marcus Rashford, bertemu sebuah agensi sukan terkemuka untuk pindah kelab, namun pemain Manchester United itu menafikannya.
Satu laporan mengatakan penyerang England, Marcus Rashford, bertemu sebuah agensi sukan terkemuka untuk pindah kelab, namun pemain Manchester United itu menafikannya. - Foto REUTERS

LONDON: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, membidas dakwaan “mengarut” bahawa beliau menginginkan ejen baru bagi memenuhi hasratnya meninggalkan Old Trafford.

Satu laporan baru-baru ini mengatakan Rashford telah bertemu sebuah agensi sukan terkemuka dalam usaha merancang perpindahannya.

Pemain berusia 27 tahun itu memberi sedikit bayangan dalam satu temu bual pada Disember 2024 bahawa beliau bersedia meninggalkan United.

Rashford mengatakan beliau sudah bersedia “bagi cabaran baru” selepas dikhabarkan tidak lagi digemari pengurus baru United, Ruben Amorim.

Lulusan akademi remaja United itu digugurkan daripada skuad pasukan itu dalam empat perlawanan berturut-turut pada Disember.

Ini bermula dengan perlawanan ‘derby’ menentang Manchester City, sebelum akhirnya menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan semasa kekalahan kepada Newcastle pada 30 Disember.

Rashford terkial-kial sejak dua musim lalu, menjaringkan hanya empat gol dalam Liga Perdana England (EPL) pada musim ini.

Paris Saint-Germain dan Chelsea adalah antara kelab yang dikaitkan dengan Rashford baru-baru ini.

Namun pengurus Rashford yang juga abangnya, Dwaine Maynard, menyangkal dakwaan terbaru mengenai masa depan pemain itu dengan menegaskan beliau tidak menukar ejen.

“Banyak khabar angin ditulis sejak beberapa minggu lalu, tetapi ini semakin mengarut – tidak pernah bertemu sembarang agensi dan tidak ada rancangan (bertemu ejen baru)...,” tulis Maynard dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg