Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Razer sumbang $ 10 juta tahun depan untuk bangunkan adegan e-sukan tempatan

Sep 09, 2019 | 04:12 PM



Syarikat permainan video tempatan, Razer mengumumkan bahawa ia akan menyumbang sebanyak $10 juta untuk acara e-sukan di Singapura tahun depan.



Menurut pos yang dimuatnaik ke Facebook pada hari Isnin (9 September), pengasas bersama dan ketua eksekutif syarikat itu Tan Min-Liang berkata bahawa wang itu akan digunakan untuk menyokong pasukan e-sukan tempatan.



Ia juga juga akan digunakan untuk membangunkan adegan permainan video tempatan dan sebagai wang pelaburan kepada syarikat-syarikat e-sukan tempatan atau yang ditubuhkan oleh warga Singapura.



Beliau menambah bahawa jumlah itu termasuk pembiayaan untuk menyokong Pasukan Singapura yang akan bersaing di Sukan SEA di Filipina.



Acara itu, bermula pada 10 Nov, adalah kali pertama permainan video ditampilkan sebagai sukan dan para pesaing boleh menerima pingat atas pencapaian mereka. Razer adalah penyokong rasmi untuk Sukan SEA tahun ini.



Kata Encik Tan: "Kami adalah salah satu jenama e-sukan terbesar di dunia, secara peribadi dan sebagai warga Singapura, saya tidak sabar untuk berbakti dan melakukan lebih banyak untuk negara saya."



Jumlah wang itu merupakan sumbangan terbesar bagi syarikat Razer, untuk membangunkan e-sukan.



Tahun lepas, dalam usaha untuk menerajui pertumbuhan e-sukan di rantau ini, syarikat itu mengumumkan bahawa RM10 juta (S $ 3.3 juta) akan diketepikan untuk e-sukan di Malaysia.



E-sukan merujuk kepada permainan video yang kompetitif, di mana pemain akang bersaing antara satu sama lain.



Mereka biasanya bertanding secara berpasukan dalam permainan video seperti League Of Legends, Dota 2 dan Fortnite.



Bidang ini mempunyai liga tersendiri dan atlit selebriti juga. Faktor-faktor demikian menyebabkan e-sukan menjadi sesuatu permainan kompetitif yang membawa keuntungan besar.



Secara keseluruhan, E-sukan dilihat sebagai salah satu industri yang paling pesat berkembang di seluruh dunia.



Firma penyelidikan pasaran Newzoo berkata dalam laporan awal tahun ini bahawa pendapatan e-sukan sedunia akan mencecah AS $ 1.1 bilion (S $ 1.51 bilion) tahun ini - peningkatan sebanyak 27 peratus dari tahun lepas.



Ia menambahkan bahawa potensi ekonomi untuk e-sukan sangat besar di Asia Tenggara, rantau yang paling pesat berkembang di dunia, dan mengatakan bahawa e-sukan kini mempunyai lebih daripada 9.5 juta peminat di rantau ini.



Nombor ini, kata Newzoo, dijangka meningkat dua kali menjelang tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >