Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rebut peluang beraksi di kelab Liga 1 Thailand

May 25, 2019 | 05:30 AM



SATU peluang keemasan yang tidak dapat beliau lepaskan.



Apabila kelab Liga 1 Thailand, Navy FC, berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim lalu, pemain antarabangsa negara, Gabriel Quak tidak menolak tawaran tersebut.



Disebabkan itu, Quak terpaksa membatalkan kontrak yang ditandatanganinya bersama pasukan Liga Perdana Singapura (SPL) Warriors FC, pada permulaan 2018.



Bakat beliau begitu menyerlah bersama Navy sehinggakan beliau menjadi antara pemain penting dalam pasukannya itu.



Musim sulungnya di liga utama Thailand itu turut menyaksikan beliau menjaringkan empat gol dalam 23 penampilan, sekali gus menjadikannya pemain Singapura pertama untuk menjaringkan gol di Liga 1 Thailand.



Menyingkap semula pengalaman beraksi di sana, Quak berkata beliau perlu mendakap peluang tersebut setelah membuat pengorbanan besar untuk meninggalkan isteri dan anak kecilnya.



"Berada di negara asing, jauh dari keluarga tersayang, menjadikan saya lebih tabah. Saya perlu belajar hidup berdikari dan menghadapi dan menyelesaikan sebarang kesulitan berseorangan.



"Saya tahu akan pengorbanan yang saya buat untuk meninggalkan isteri dan anak perempuan saya yang ketika itu berusia setahun...jadi kegagalan bukanlah pilihan.



"Selain itu, sebagai seorang pemain asing, beraksi di liga Thailand telah banyak membantu menguatkan saya secara fizikal dan mental," kata pemain berusia 28 tahun.



Faktor keluarga menjadi sebab utama beliau mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air meskipun terdapat tawaran lain untuk melanjutkan kerjayanya di Thailand dan juga Indonesia.



Walau bagaimanapun, Quak tidak menolak kemungkinan mengambil peluang untuk beraksi di luar negara sekali lagi jika diberikan kesempatan di masa hadapan.



"Tahun lalu, saya sekeluarga mendapat tahu bahawa isteri saya bakal melahirkan anak kedua kami pada bulan ini.



"Mengetahui betapa sukarnya untuk menjaga bayi yang baru lahir, dan disebabkan juga kerana saya tidak berkesempatan meluangkan masa bersama anak sulung saya ketika dia membesar, saya fikir ia perkara yang logikal untuk kembali ke Singapura dan menjaga keluarga saya.



"Jika tahun masih mempunyai rancangan buat saya, mungkin saya masih mampu keluar dan beraksi di luar negara dalam masa semusim atau dua musim mendatang...tetapi kita lihat bagaimana dahulu," tambahnya.



Berbekalkan pengalaman yang diraihnya bersama Navy, musim ini Quak kembali bersama Warriors dengan matlamat membantu mereka menjadi sebuah pasukan yang digeruni semula.



Sejauh ini, beliau telah berjaya menjaringkan sebanyak tiga gol dengan dua gol tersebut dijaringkan ketika dua perlawanan terakhir mereka dalam kemenangan ke atas Young Lions.



Namun begitu, persembahan yang kurang memuaskan melihat Warriors terdampar di tangga tercorot liga selepas sembilan perlawanan.



Quak bagaimanapun enggan melenyapkan peluang pasukannya untuk kembali bersaing.



Beliau berkata: "Tidak dapat dinafikan kami memulakan musim ini dengan keputusan yang tidak diingini.



"Saya tidak akan berkata bahawa kami mempunyai masalah, tetapi apabila anda kalah dalam tiga perlawanan berturut-turut, semangat dan keyakinan pasukan terjejas. Kami gagal untuk bangkit semula.



"Namun dengan kemenangan dalam dua perlawanan lalu, ia satu peluang untuk kami mengekalkan rentak permainan kami untuk mendapatkan kemenangan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >