Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja Australia menang pingat emas

Aug 7, 2024 | 4:48 PM
Arisa Trew, 14 tahun, dengan pingat emasnya di La Concorde Paris pada 6 Ogos. Trew adalah atlet termuda dari Australia yang memenangi pingat Olimpik.
Arisa Trew, 14 tahun, dengan pingat emasnya di La Concorde Paris pada 6 Ogos. Trew adalah atlet termuda dari Australia yang memenangi pingat Olimpik. - Foto AFP

PARIS: Jawatankuasa Olimpik gigih mengenalkan sukan baru pada setiap edisinya untuk menarik perhatian dan minat generasi muda. Pada 6 Ogos, belia daripada serata dunia membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk masuk ke pentas sukan terbesar dunia.

Arisa Trew, 14 tahun, asal Australia berdiri di atas podium teratas di antara dua remaja lainnya.

Pemenang pingat termuda di temasya sukan itu telah melalui pelbagai rintangan untuk memenangi pingat pertama negaranya dalam sukan papan roda.

“Sangat mengagumkan melihat ramai anak perempuan bermain papan roda,” kata Trew, yang disertai Cocona Hiraki, 15 tahun, asal Jepun di tempat kedua. Pingat gangsa dimenangi remaja Britain, Sky Brown, 16 tahun.

Di tengah-tengah tekanan tinggi dalam pentas Olimpik, atlet muda bersatu hati dan saling menyokong satu sama lain.

“Sangatlah wajar untuk berasa tertekan di temasya sebesar ini, tetapi peserta saling menyokong satu sama lain, dan ini sangat membantu untuk mengurangkan tekanan,” ujar Hiraki yang sudah bermain papan roda sejak berusia lima tahun.

Enam daripada lapan finalis di pertandingan ini masih remaja.

Atlet termuda yang bertanding di Olimpik Paris adalah Zheng Haohao dari China yang baru berusia 11 tahun.

“Sungguh gila melihat pesaing yang masih muda,” ujar Heili Sirvio, remaja berusia 13 tahun asal Finland yang menarik perhatian media.

Trew bersetuju dengan Hiraki bahawa peserta telah membina ikatan yang kuat dan menyokong satu sama lain.

“Sangatlah seronok bersaing dengan dia (Sirvio) di pusingan akhir. Saya senang berkumpul dengannya,” kongsi Trew.

Dalam pertandingan itu, remaja Australia itu tampil cemerlang dalam pusingan akhir dengan gerakan berisiko dan berkecepatan tinggi, sehingga membuat penonton di Place de la Concorde berdiri memberi sorakan dan penghargaan.

Hiraki meraih tempat kedua, menambah koleksi pingat perak Olimpiknya yang beliau menangi di Olimpik Tokyo, yang mana pertandingan sukan papan roda diadakan buat kali pertama di Olimpik.

Hiraki ditewaskan oleh rutin terakhir Trew, dengan Trew memperoleh 93.18 mata. Hiraki sendiri memperoleh 92.63, diikuti Brown 92.31.

“Pada pusingan ketiga, saya hanya fikirkan untuk menyelesaikan pusingan ini dengan baik, tak kira apa pun cabarannya, sebab saya ingin sekali berdiri di podium,” kata Trew yang menduduki tempat ketiga sebelum pusingan ketiga.

Brown pula menangi pingat gangsa, sama dengan pingat Olimpik pertamanya di Tokyo semasa beliau masih berusia 13 tahun.

Brown sangat gembira melihat perkembangan sukan papan roda dalam kalangan generasinya.

Menurut Brown, tahap sukan papan roda wanita sudah meningkat dengan pesat sejak Olimpik Tokyo. Brown memuji peranan Olimpik dalam menarik perhatian ramai terhadap sukan papan roda. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg