Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ribuan peminat ucap selamat tinggal kepada mendiang Sir Bobby Charlton

Nov 14, 2023 | 03:40 PM



MANCHESTER: Legenda Manchester United, Bobby Charlton diingati sebagai salah seorang pemain handalan England dan seorang yang merendah hati serta hebat oleh ribuan peminat dan sesetengah bintang sukan semasa upacara pengebumiannya berlangsung kelmarin.


Charlton, yang merupakan antara pemain yang menjulang Piala Dunia semasa menyarung jersi England dan merupakan salah seorang pemain terbaik United, meninggal dunia pada 21 Oktober lalu semasa berusia 86 tahun.

Bekas pengurus United, Alex Ferguson, bekas pemain seperti Andy Cole dan Paul Scholes, pengurus England Gareth Southgate, selain presiden UEFA, Aleksander Ceferin merupakan antara 1,000 tetamu yang dijemput menghadiri upacara privet itu yang berlangsung di Manchester Cathedral.

“Saya tahu betapa hebat beliau sebenarnya. Meskipun semasa bertugas di peringkat antarabangsa, beliau fikirkan tentang kemenangan. Beliau seorang yang rendah hati, seorang lelaki yang berjiwa keluarga.

“Belum pernah beliau jadi besar kepala,” kata bekas rakan sepasukan Charlton, Alex Stepney.

Ribuan peminat berkumpul di banyak kawasan meskipun cuaca amat dingin dengan angin kencang melanda, semata-mata untuk menyaksikan detik-detik akhir jenazah mendiang diusung menuju ke tanah perkuburan sambil melalui Stadium Old Trafford.

Jenazahnya yang diusung sebuah kereta mayat kemudian berhenti di hadapan patung Charlton, Geoge Best dan Denis Law.

Ketiga-tiga nama itu membantu United menjadi pasukan kelab England pertama yang menang Piala Eropah pada 1968.

Banyak jambangan bunga diletakkan di bahagian bawah patung tersebut.

Harry Maguire dan Luke Shaw merupakan antara pemain United masa kini yang menghadiri upacara itu, dengan ramai yang tidak hadir akibat tugasan peringkat antarabangsa.

Pengurus United masa kini, Erik ten Hag tidak dapat hadir kerana komitmen di Belanda.

Ketibaan pasukan England di pangkalan latihan di St. George’s Park telah ditangguhkan pada Isnin bagi membenarkan Southgate, Maguire dan yang lain untuk hadir di upacara itu.

“Satu perkara mudah yang sering dikatakannya (semasa saya sertai kelab United), adalah ia sebuah kelab yang hebat.

“Katanya pada saya lagi agar nikmati terus pengalaman bermain dengan sebuah kelab bola sepak handal,” kata bekas kapten United, Steve Bruce.

Seorang lagi bekas kapten United, Bryan Robson menganggapnya kelmarin sebagai hari yang menyedihkan buat bola sepak, Manchester United dan keluarga Sir Bobby Charlton.

“Beliau seorang pemain luar biasa. Tapi bukan itu sahaja. Beliau juga seorang yang amat hebat,” kata Robson.

Upacara itu turut menyertakan kata-kata penghargaan daripada bekas ketua eksekutif United, David Gill dan bekas ketua eksekutif Yayasan Manchester United, John Shiels, selain penghargaan peribadi daripada keluarga Charlton sendiri.

Charlton merupakan tunggak utama semasa pasukan England menjuarai Piala Dunia 1966.

Ketika itu beliau bermain di samping abangnya, Jack.

Charlton telah membuat sebanyak 758 penampilan buat United, menjaringkan 249 gol, dan menang tiga kejuaraan liga, Piala FA dan Piala Eropah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >