Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rice lengkapkan Arsenal: Arteta

Pengurus Arsenal sifatkan pemain barunya itu sebagai individu yang sanggup bekerja keras demi menjadikan rakan sepasukannya pemain lebih baik
Jul 18, 2023 | 02:29 PM



Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata Declan Rice adalah pemain yang akan melengkapkan pasukan Gunners.


Rice, 24 tahun, menyertai Arsenal dari West Ham dengan bayaran pemindahan £105 juta ($181 juta) – satu rekod bagi pemindahan antara dua kelab England.

Pemain midfield itu merupakan pemain ketiga yang menyertai Arsenal menyusuli tanda tangan penyerang, Kai Havertz, yang menyertai pasukan Gunners dari Chelsea dengan bayaran pemindahan £65 juta serta pemain pertahanan, Jurien Timber, dari Ajax dengan bayaran £34 juta.


Arsenal mengakhiri musim di tempat kedua musim lalu, di belakang Manchester City, meskipun mendahului liga bagi sebahagian besar kempen 2022/23.

“Saya melihat beliau sebagai seorang pemain yang membuat pemain di sekelilingnya lebih baik,” kata Arteta.

“Beliau tidak pentingkan diri sendiri, malah sanggup bekerja keras demi rakan sepasukannya, menjadikan mereka lebih baik, menjadikan pasukan lebih baik.

“Kami berbincang tidak lama dahulu mengenai evolusi pasukan ini dan perlunya melengkapi pemain dengan kesungguhan untuk menang, menjadikan pasukan ini sebuah pasukan yang mahu memberikan segala-galanya untuk menjadi lebih baik, bermain di satu tahap yang lebih tinggi,” tambah Arteta.

Pengurus Arsenal itu menambah, Rice mempunyai aura seorang pemain bertaraf dunia, yang dapat menjadi pengaruh positif kepada rakan sepasukan yang lain.

“Pengalamannya dalam liga ini juga, yang boleh dikongsi dengan pasukan ini memberikan kami satu dimensi yang berbeza. Beliau juga mempunyai kualiti fizikal yang kami perlukan selama ini,” kata Arteta lagi.

Meskipun telah mula berlatih dengan pasukan barunya, Rice sejauh ini hanya melibatkan diri dalam latihan ringan, bagi fasa pertama latihan di Washington, Amerika Syarikat, sebelum perlawanan pembukaan pramusim menentang pasukan ‘All-Stars’ MLS yang dipimpin legenda bola sepak England, Wayne Rooney.

Pengamat bola sepak berkata cara Arsenal mengendalikan pemindahan pemain musim panas ini adalah sesuatu yang amat mengagumkan.

Bekas pemain Arsenal, Paul Merson, berkata selain wang yang dibelanjakan, lebih penting lagi ialah betapa cepat semua perjanjian bagi pemain yang diperlukan Arteta dilakukan, sekali gus memberikan pengurus itu tempoh penuh pramusim untuk mempersiap pasukan.

Arsenal bertemu Nottingham Forest dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana England pada 12 Ogos ini.

“Saya rasa mereka pasukan pilihan, bersama dengan Man City, untuk menjuarai liga,” kata Merson, yang akur dengan pengamatan bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mengenai jangkaan bagi pasukan tersebut.

Arteta akur keadaan kini memberikan pasukannya tekanan yang hebat.

“Tentunya, setelah apa yang kami capai musim lalu, jangkaan bagi pasukan ini juga bertambah. Tapi kami adalah Arsenal, jadi ia adalah sesuatu yang perlu kami tangani,” ujarnya lagi. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >