Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rodrygo bantu Real Madrid benam Athletic Bilbao

Apr 1, 2024 | 4:31 PM
Penyerang Real Madrid, Rodrygo menjaringkan dua gol ketika pasukannya menundukkan Athletic Bilbao 2-0 dalam La Liga.
Penyerang Real Madrid, Rodrygo menjaringkan dua gol ketika pasukannya menundukkan Athletic Bilbao 2-0 dalam La Liga. - Foto EPA-EFE

MADRID: Rodrygo meledak satu gol di setiap babak ketika kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas Athletic Bilbao pada 1 April, di laman sendiri, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di puncak La Liga.

Real kini mengumpul 75 mata, lapan di depan Barcelona yang menghuni tangga kedua dan 10 mengatasi Girona di tangga ketiga.

Saingan La Liga hanya berbaki lapan perlawanan musim ini.

Kekalahan itu menyukarkan misi Liga Juara-Juara Eropah Bilbao, yang kini berada di tangga keempat dengan hanya satu mata di depan Atletico Madrid - yang berdepan Villarreal pada 2 April.

Rodrygo membuka jaringan pada minit kelapan dengan sepakan lencong ke sudut gawang Bilbao.

Aurelien Tchouameni hampir menambah jaringan sejurus sebelum rehat, tetapi tandukannya hanya sedikit tersasar.

Pada minit ke-73 Rodrygo mendapat umpanan Jude Bellingham untuk melakukan serangan balas, dan kali ini beliau mencari sudut gawang di bahagian bawah untuk jaringannya.

Bellingham kembali daripada penggantungan dua perlawanan untuk menggantikan Vinicius Jr, yang digantung pada perlawanan ini selepas mengutip lima kad kuning.

Dalam masa tambahan, penonton di Santiago Bernabeu menyambut kepulangan Eder Militao, yang kembali beraksi selepas kecederaan ligamen lutut anterior (ACL) sejak Ogos tahun lalu.

“Kita bercakap tentang salah seorang pertahanan terbaik di dunia dan beliau penting buat kami.

“Beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan kembali bermain. Kami memerlukannya pada baki saingan musim ini,” kata pengendali Real, Carlo Ancelotti. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg