Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Ronaldo jaring gol pertama musim ini dalam kemenangan United

Tewaskan juara Moldova Sheriff Tiraspol 2-0 dalam perlawanan Liga Europa
Sep 17, 2022 | 05:30 AM



MOLDOVA: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol buat kali pertama musim ini, membantu Manchester United mengutip kemenangan pertama dalam Liga Europa.



Ia mengatasi Sheriff Tiraspol, dari Moldova, 2-0.



Mengulas mengenai prestasi Ronaldo, pengurus United, Erik Ten Hag berkata penyerang itu memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk mencapai tahap kecergasan puncak.



Ronaldo tidak mengikuti latihan jelajah pramusim United atas "sebab keluarga" dan kurang menyerlah musim ini.



Beliau juga didakwa patah hati selepas percubaan untuk beredar dari United dan menyertai pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah tidak menjadi.



"Kami boleh menjangka perkara ini apabila beliau terlepas pramusim, jadi beliau perlu bekerja keras dan mendapatkan kembali kecergasan, kemudian beliau akan menjaringkan lebih banyak gol," kata Ten Hag.



"Anda boleh lihat masa yang dinanti-nantikan itu semakin hampir dan apabila beliau semakin cergas, beliau akan menyumbangkan gol. Saya rasa beliau amat komited kepada pasukan ini.



"Kami gembira buatnya dan pasukan ini mahu beliau menjaringkan gol" kata Ten Hag lagi.



Sebelum perlawanan ini, Ronaldo telah beraksi dalam tujuh perlawanan dalam Liga Perdana England (EPL) dan juga di Eropah tanpa menjaringkan gol.



'Kemarau' gol itu berakhir apabila beliau menjaringkan penalti pada babak pertama ketika menentang kelab yang merupakan juara di Moldova itu.



Ia adalah gol ke-699 di peringkat kelab yang dijaringkan penyerang berusia 37 tahun itu.



Kemenangan itu melegakan United dan memberinya tiga mata yang diidam-idamkan.



United tewas 0-1 kepada Real Sociedad dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E minggu lalu, yang bermakna skuad Ten Hag tidak boleh melakukan kesilapan di Chisinau dan mereka menepati sasaran ketika berdepan Sheriff, yang menewaskan Real Madrid pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim lalu.



Dalam perlawanan lain, West Ham United bangkitselepas ketinggalan untuk menewaskan pasukan Denmark Silkeborg IF dan memelihara rekod sempurna mereka dalam Kumpulan B Liga Konferensi Europa.



Hammers mengawal permainan di Demark tetapi ketinggalan pada minit kelima apabila Kasper Kusk menjaringkan gol pertama. West Ham menyamakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi sepakan penalti Manuel Lanzini selepas Maxwel Cornet dikasari di dalam kotak.



Penyerang Italy Gianluca Scamacca menambahkan jaringan gol pada minit ke-25 sebelum tandukan Craig Dawson meletakkan West Ham 3-1 di depan sejurus sebelum separuh masa.



Silkeborg memberi tekanan keras 15 minit sebelum wisel penamat apabila Soren Tengstedt menjaringkan gol dari rembatan Tonni Adamsen selepas Jarrod Bowen mensia-siakan penguasaan bola.



Namun, West Ham bertahan untuk menafikan mata pertama tuan rumah dalam peringkat kumpulan pertandingan Eropah.



Keputusan itu bermakna West Ham kekal di puncak Kumpulan B, dengan pasukan Romania FCSB seri 0-0 dengan pasukan Belgium Anderlecht dalam perlawanan lain kumpulan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >