Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ronaldo pecah rekod dengan pelancaran saluran YouTube

Aug 22, 2024 | 2:30 PM
Dilaporkan sebagai pelancaran saluran YouTube paling berjaya, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, menyaksikan pendaftaran satu juta pelanggan dalam satu setengah jam sejurus selepas melancarkan saluran rasminya di wadah media sosial itu.
Dilaporkan sebagai pelancaran saluran YouTube paling berjaya, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, menyaksikan pendaftaran satu juta pelanggan dalam satu setengah jam sejurus selepas melancarkan saluran rasminya di wadah media sosial itu. - Foto fail

Arab Saudi: Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, telah melancarkan saluran YouTube rasminya pada 21 Ogos, dengan satu juta pelanggan mendaftar dalam masa 90 minit.

Pemenang Ballon D’Or sebanyak lima kali, dan berusia 39 tahun itu, bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

“Penantian telah berakhir. Saluran YouTube saya akhirnya di sini! Langgani dan sertai saya dalam perjalanan baru ini,” tulis Ronaldo di akaun media sosialnya.

Ia dilaporkan sebagai pelancaran saluran YouTube paling berjaya, mencecah satu juta pelanggan dalam satu setengah jam.

Beberapa jam selepas menyiarkan video pertamanya, seramai 1.69 juta pelanggan menyertai saluran tersebut.

Jumlah itu melonjak kepada 9.86 juta pada 22 Ogos, 8 pagi (waktu Singapura).

Ronaldo mempunyai 112.5 juta pengikut di platform X, 170 juta di Facebook dan 636 juta di Instagram.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu sedang bersedia bagi perlawanan pembukaan Liga Pro Saudi, dengan pasukannya menentang Al-Raed pada 22 Ogos. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg