Premium
Ronaldo rasa Erik ten Hag terlalu negatif bagi Man U
Bintang Portugal itu percaya United perlu perubahan menyeluruh
Sep 12, 2024 | 3:01 PM
Cristiano Ronaldo, yang kini bermain untuk Al Nassr di Arab Saudi, berasa beliau tidak dihormati Erik ten Hag. - Foto REUTERS
LONDON: Cristiano Ronaldo mengatakan bahawa sikap Erik ten Hag terlalu negatif, dan menggesa pengurus Manchester United itu supaya menyasarkan matlamat memenangi Liga Perdana England (EPL) walaupun kelab tersebut perlu “dibangunkan semula dari bawah”.
Bintang bola sepak Portugal itu, yang pernah menjadi pemain harapan United tetapi kini beraksi untuk kelab Al Nassr di Arab Saudi, tidak sehaluan dengan pengurus Belanda tersebut sebelum kontraknya di Old Trafford berakhir lewat 2022.
Laporan berkaitan
Ronaldo jaringkan gol ke-900 ketika Portugal tewaskan CroatiaSep 6, 2024 | 2:23 PM
Ten Hag akur tiada ‘sentuhan ajaib’ selepas kalah di tangan LiverpoolSep 2, 2024 | 1:17 PM

