Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU RUSSIA LAWAN CROATIA

Russia boleh halang Modric dan Croatia penuhi potensi

Jul 07, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Kapten dan tunggak inspirasi midfield Croatia, Luka Modric, berharap akan membawa pasukannya setapak lebih jauh apabila turun menentang pasukan tuan rumah Russia di Stadium Olimpik Fisht, Sochi, mulai 2 pagi esok bagi merebut tempat ke separuh akhir Piala Dunia ini.



Kejayaan penuh debaran Croatia ke atas Denmark melalui sepakan penalti di pusingan 16 pasukan terakhir pada Isnin lalu menyaksikan pasukan itu mengatasi halangan pusingan pertama peringkat kalah mati di kejohanan besar buat pertama kali sejak 2008.



Dan bercakap kepada media menyusuli kemenangan itu, Modric menegaskan betapa pentingnya kejayaan itu menjelang pertemuan dengan Russia di pusingan suku akhir kejohanan bola sepak terbesar dunia ini.



"Kami melihat bagaimanapun perwatakan dan permainan yang teratur Russia semasa menyekat barisan pemain handalan Sepanyol," ujar bintang midfield Real Madrid itu sambil mengatakan pasukan hos itu akan menggunakan taktik permainan yang sama nanti - memberi tumpuan pada benteng pertahanan pasukan dan berharap mendapatkan gol-gol melalui serangan balas.



"Russia begitu selesa setiap kali melancarkan serangan-serangan balas... para pemain mereka bekerja keras... berdisiplin dan teratur.



"Saya tahu mereka akan mencuba nasib mereka (melalui serangan-serangan balas) dan memanfaatkan peluang itu untuk mara (ke separuh akhir).



"Saya menjangkakan satu pertarungan yang hebat apabila berhadapan Russia dan penyokong mereka nanti... mereka sudah pun mengatasi pelbagai cabaran untuk mara sejauh ini lebih-lebih lagi memandangkan mereka adalah pasukan di tangga paling bawah dalam senarai Fifa," tambah Modric, menarik perhatian pada ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa itu.



Modric, yang dianggap antara pemain midfield paling kreatif di dunia, berharap membantu pasukannya mengulangi - atau mungkin perbaiki - pencapaian cemerlang pasukan negaranya yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1998.



"Kami gagal ke pusingan kalah mati sejak 2008, jadi adalah penting bagi kami untuk cuba mengatasi halangan itu.



"Selepas mencuba sejak beberapa tahun lalu, kami juga akhirnya mula mendapatkan keputusan-keputusan yang baik dan ini sesuatu yang besar maknanya bagi saya... saya mahu melihat skuad Croatia yang ada sekarang ini memenuhi bakat besar yang dimiliki dan mengorak setapak lagi (ke separuh akhir Piala Dunia ini)," tegas Modric lagi.



Sekalipun dianggap pasukan paling lemah di Piala Dunia ini, Russia pimpinan Stanislav Cherchesov mengatakan segala tekanan yang membebani pasukan itu sebelum ini kini diganti dengan keseronokan serta semangat kenegaraan yang bakal menjadi kelebihannya apabila menentang Croatia nanti.



Pasukan tuan rumah itu sudah pun mengatasi segala jangkaan untuk mara ke suku akhir kejohanan ini - kali pertama sejak era Soviet pada 1970.



"Kini tekanan tidak begitu dirasakan," ujar pemain midfield, Aleksandr Samedov.



"Ini berbanding semasa sebelum kejohanan ini bermula dan tekanan hebat yang kami rasakan sebelum ini... begitu sukar sekali.



"Kini kami sudah pun berada di suku akhir dan kami hanya mahu menyeronokkan penyokong kami dan melangkah lebih jauh.



"Tiada lagi tekanan berlebihan di atas bahu kami seperti yang dirasakan sebelum kejohanan ini bermula."



Cherchesov bagaimanapun perlu menyelesaikan 'masalah' pada midfield pasukannya dengan Alan Dzagoev sudah pun mengatasi kecederaan kejang otot tetapi masih belum dapat berlatih sepenuhnya manakala Samedov tidak dapat menyertai latihan pada Selasa lalu kerana masalah kecergasan.



Rakannya di midfield, Yuri Zhirkov, pula disahkan tidak dapat beraksi lagi di kejohanan ini akibat kecederaan kecuali jika Russia melayakkan diri ke final kejohanan ini di Moscow pada 15 Julai nanti.



Persaingan di midfield dijangka penentu pertarungan dengan barisan pasukan tuan rumah memikul tugas mencabar menyekat barisan pemain Croatia yang berbakat termasuk Modric, Mario Mandzukic, Ante Rebic, Marko Pjaca, Ivan Perisic dan Andrej Kramaric. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >