NEW YORK: Pemain tenis asal Belarus, Aryna Sabalenka, mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat buat kali keempat pada 3 September apabila beliau berjaya menewaskan pemain China, Zheng Qinwen, 6-1 6-2.
Sabalenka menewaskan Zheng untuk merangkul gelaran kedua Terbuka Australia awal 2024 dan menggunakan corak permainan yang sama di Stadium Arthur Ashe, dan mendominasi pilihan ketujuh dunia itu dengan pukulan depan yang hebat.
Selepas memenangi kejuaraan Olimpik, Zheng kelihatan lesu dan kehilangan salah satu kekuatan terbaik dalam permainannya kerana beliau hanya membuat 44 peratus daripada servis pertamanya.
“Beliau seorang pemain yang agresif,” kata Sabalenka.
“Beliau mampu bermain tenis yang luar biasa dan amat sukar semasa saya menghadapinya.”
Sabalenka memulakan permainan dengan baik apabila Zheng hilang mata servisnya dengan kesilapan pukulan ke belakang semasa permainan kedua berlangsung.
Sabalenka yang merupakan pilihan kedua masuk waktu rehat, apabila Zheng menghantar pukulan depan ke arah jaring semasa permainan keenam berlangsung.
Sabalenka mengekalkan tekanan pada set kedua.
Beliau hanya melakukan enam kesilapan tanpa paksaan, dan Zheng hilang mata servisnya pada perlawanan pertama dan kelima selepas kesilapan pukulan tangan belakang.
Pemain Belarus itu menghasilkan kemenangan pukulan ke belakang yang baik di atas jaring pada mata kedua dan beliau meraihnya dengan servis yang tidak dapat dibalas Zheng.
Sabalenka seterusnya akan bermain menentang pemain asal Amerika, Emma Navarro, pada 6 September.
Sabalenka pernah menewaskan pilihan Navarro yang merupakan pilihan ke-13 dalam pusingan keempat dalam pertandingan Roland Garros, tetapi tewas kepada lawannya itu di gelanggang keras Indian Wells awal 2024.
Beliau memberitahu peminat yang beliau menjangkakan pertarungan yang sukar kali ini.
“Beliau seorang pemain hebat,” kata Sabalenka.
“Saya melihat perlawanannya di sini, beliau bermain tenis yang luar biasa dan pastinya ia akan menjadi pertempuran yang hebat dan saya amat teruja untuk berdepan dengannya lagi.” – Reuters.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg