Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Saga' Ronaldo tetap dapat tumpuan podcast BH/BM

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



CRISTIANO Ronaldo harus kembali kepada realiti bahawa tempoh aksinya di tahap tertinggi bola sepak sudah hampir sampai di garisan penamat, kata penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir.



Bahkan, Azmir menyatakan bahawa Ronaldo, 37 tahun, tidak sepatutnya pulang ke Manchester United musim lalu.



Ronaldo, yang pertama kali menyertai United semasa usia remaja sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2009, kembali ke Old Trafford buat kali kedua setelah dibeli dari Juventus pada musim panas 2021.



Dalam satu rakaman podcast #NoTapis Extra Time - sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) yang dihoskan koresponden Shahida Sarhid baru-baru ini - tetamu undangan, Azmir dan pemain pertahanan Tanjong Pagar United, Faritz Hameed, bersama wartawan sukan BH/BM, Zulaiqah Abdul Rahim, membincangkan hala tuju kapten Portugal itu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan Selasa lalu.



United mengumumkan bahawa Ronaldo akan meninggalkan Old Trafford dengan serta-merta dalam satu persetujuan yang dicapai bersama pemain itu.



Pengumuman itu dibuat selepas Ronaldo bercakap buruk tentang United dalam satu wawancara televisyen bersama hos selebriti, Piers Morgan, di England.



Pengunduran segeranya bermakna Ronaldo kini bebas untuk mencari kelab baru dan Piala Dunia adalah pentas terbaik untuk beliau sekali lagi membuktikan kehebatannya.



"Ronaldo tidak seharusnya pulang ke United. Dia sepatutnya pergi ke kelab lain. Masalahnya, dia ingin bermain di kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara. Sudah tentu, kelab-kelab ini akan fikir Ronaldo ni 'berat' (dari segi gaji yang yang tinggi)."



Azmir menambah kelab bermain dalam Liga Europa "yang kurang tekanan" adalah lebih sesuai jika Ronaldo ingin terus beraksi di padang pada usia lanjutnya.



"Dia sudah mencapai prestasi terhebatnya tetapi dia juga perlu bersikap realistik bahawa tahun-tahun terbaiknya sudah berlalu," kongsi beliau.



Faritz memberi contoh seorang lagi bintang, Lionel Messi, 35 tahun, yang berpindah dari kelab Sepanyol dalam La Liga, Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) dalam Ligue 1 Perancis, yang dianggap peralihan ke tahap permainan yang lebih selesa.



"Dia (Ronaldo) harus pergi ke liga yang lebih mudah seperti Messi di PSG. PSG dalam Ligue 1 tiada saingan kuat. Ia berbeza dengan Liga Perdana, yang lebih fizikal dan pantas," ujarnya.



Ditanya jersi kelab mana yang bakal Ronaldo menyarung selepas Piala Dunia ini, Eropah kelihatan bukan destinasi akhir pemenang lima kali Ballon d'Or itu.



"Tempat terbaik untuk dia adalah sebenarnya dalam MLS (Liga Utama Bola Sepak) di Amerika Syarikat. Dia boleh bermain untuk pasukan (milik David) Beckham, Inter Miami. Dia suka ke sana, jadi mengapa tidak ke sana dan berseronok. Duit dia pun sudah banyak," seloroh Azmir.



"Dia mungkin akan ke Amerika atas sebab sama Beckham ke sana... Ronaldo sebenarnya FOMO (singkatan bagi frasa Fear of Missing Out atau Takut Ketinggalan). Di sana, dia akan dapat perhatian yang dia inginkan, dia akan dapat penajaan dan masih boleh buat duit.



"Tahap bola sepak di AS mungkin tidak boleh dibandingkan dengan Eropah tetapi dia masih boleh bermain. Ini telah dibuktikan oleh beberapa bintang yang beraksi atau pernah beraksi di sana seperti Beckham sendiri, Zlatan (Ibrahimovic) dan (Wayne) Rooney.



"Pendek kata, ia pentas di mana pemain seperti Ronaldo boleh perlahan-lahan bersara," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >