Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sailors ada ruang pertingkat prestasi meski menang ke atas Tg Pagar

Jul 8, 2024 | 2:43 PM
Pemain Lion City Sailors, Maxime Lestienne’s (nombor 17), meraikan gol pertama pasukannya pada minit kedua semasa menentang Tanjong Pagar United pada 7 Julai.
Pemain Lion City Sailors, Maxime Lestienne’s (nombor 17), meraikan gol pertama pasukannya pada minit kedua semasa menentang Tanjong Pagar United pada 7 Julai. - Foto ST

Meskipun kembali ke laluan kemenangan dengan keputusan 3-0 ke atas Tanjong Pagar United pada 7 Julai, prestasi Lion City Sailors (LCS) menunjukkan masih ada ruang untuk mereka mempertingkatkan persembahan.

Kemenangan di Stadium Bishan itu membantu mereka kembali ke tangga teratas Liga Perdana Singapura (SPL) melalui perbezaan gol – terikat 16 mata dengan kelab BG Tampines Rovers, yang menewaskan Young Lions 2-0 pada 6 Julai.

Walaupun mereka melaksanakan tugas mereka dengan baik, setelah perlawanan seri 1-1 yang mengecewakan menentang Geylang International pada 28 Jun, persembahan yang dipamerkan LCS kali ini kurang memberangsangkan semasa menentang pasukan The Jaguars.

Ini walaupun Tanjong Pagar masih terkial-kial pada musim ini dan mereka kekal di tangga ketujuh dalam sembilan pasukan menyusuli kekalahan terbarunya itu.

Tetapi jurulatih LCS, Aleksandar Rankovic, yang kelihatan kecewa di kawasan tepi padang, mempertahankan pasukannya sambil menegaskan bahawa keputusan perlawanan adalah yang penting sekarang.

“Ia satu keputusan yang baik, kami meraih tiga mata dan melakukan apa yang kami perlu lakukan, Jadi, saya puas hati. Jika anda berfikir bahawa kami akan menang setiap permainan 7-0 atau 8-0, itu ibarat satu komedi,” katanya.

Walaupun LCS telah bermain enam perlawanan dalam musim 2024-25 yang panjang sehingga Mei 2025, terdapat tanda-tanda membimbangkan.

Lagipun, ujar Transfermarkt, nilai pasaran skuad Sailors itu ($9.9 juta) adalah lebih lima kali ganda berbanding Tanjong Pagar.

Sailors mendahului kedudukan pada minit kedua, selepas Shawal Anuar menerkam kesilapan pertahanan sebelum melepaskan bola kepada Maxime Lestienne, yang melepaskan sepakan melepasi Prathip Ekamparam.

Tetapi pasukan tuan rumah gagal merintis banyak peluang selepas itu.

Ini hanya berubah pada minit ke-41 apabila Adam Swandi, dalam permulaan keduanya musim ini, menghantar bola kepada Lestienne sebelum beliau melepas tendangan voli yang cantik untuk gol kedua LCS.

Sailors hampir melebarkan jurang mereka pada minit kelima dalam babak kedua apabila sepakan percuma Lestienne terkena palang sementara percubaan, Christopher Van Huizen, dapat ditepis Prathip.

The Jaguars, yang mempunyai pemain Perancis, Salif Cisse; pemain Jepun Shodai Nishikawa; dan pemain Timor Leste Zenivio Mota di barisan serangan, gagal mengubah skrip perlawanan.

Pasukan tuan rumah menutup tirai kemenangan apabila, Bailey Wright, menanduk bola hasil sepakan sudut Adam pada minit ke-84.

Adam mengakui persembahan rakan-rakannya masih belum mencapai prestasi tinggi.

“Semua akan bersetuju bahawa kemenangan kami bukan suatu yang mudah.

“Ini merupakan kemenangan yang sukar, yang paling penting bagi kami adalah mengekalkan gawangnya kami tidak dibolosi... di samping kejayaan kami menjaringkan tiga gol, dan saya gembira kami akhirnya menang.”

“Akhirnya, keputusan adalah yang paling penting, tetapi dari segi persembahan, kita semua boleh bersetuju ia boleh diperbaiki.”

Beliau menambah bahawa mereka perlu berusaha meningkatkan prestasi “supaya kita boleh membawa persembahan ‘A’ kita”.

“Sesuatu yang kita perlu usahakan adalah untuk menjadi lebih tajam (di hadapan gawang lawan). Pada tahap tertinggi, kita akan mendapat peluang yang lebih sedikit, jadi kita tidak boleh mensia-siakan segala peluang kami,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg