BG Tampines Rovers menang besar di Stadium Jalan besar dan kini terikat mata di puncak tangga Liga Perdana Singapura (SPL).
Pasukan pimpinan Gavin Lee itu menewaskan Hougang United 5-1, dengan gol-gol jaringan Glenn Kweh (minit ke-10), Faris Ramli (ke-46), Irfan Najeeb (ke-54 dan ke-81) dan Boris Kopitovic (ke-68).
Gol tunggal Hougang dijaringkan Dejan Racic pada minit ke-23.
Tampines kini memiliki 13 mata daripada lima perlawanan, jumlah yang sama dengan Lion City Sailors, yang seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan hujung minggu lalu menentang Geylang International.
Dalam lain-lain perlawanan, Tanjong Pagar United mencatatkan kemenangan pertama mereka setelah menewaskan Brunei DPMM 3-1 di Stadium Jurong East, manakala Balestier Khalsa memusnahkan impian pasukan Young Lions untuk mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dengan kemenangan 3-2 di Stadium Bishan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg