Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sailors baham Albirex, kekalkan rekod permulaan sempurna

Jun 24, 2024 | 11:00 AM
Pemain sayap Lion City Sailors, (LCS), Maxime Lestienne, bertindak cemerlang menewaskan penjaga gawang Albirex Nigata (S), Hassan Sunny, untuk gol keenam LCS.
Pemain sayap Lion City Sailors, (LCS), Maxime Lestienne, bertindak cemerlang menewaskan penjaga gawang Albirex Nigata (S), Hassan Sunny, untuk gol keenam LCS. - Foto LIGA PERDANA SINGAPURA

Lion City Sailors (LCS) berpesta gol di depan penyokong mereka di Stadium Bishan dengan membaham juara bertahan, Albirex Nigata (S), 7-1 dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) pada 23 Jun.

Ia kemenangan keempat berturut-turut LCS dalam empat perlawanan permulaan SPL, sekali gus mengekalkan rekod sempurna mereka dalam liga.

Albirex, yang tewas mengejut di tangan Young Lions dalam perlawanan sebelum ini, dapat mengekang kehebatan Sailors LCS pada separuh masa pertama dengan ketinggalan hanya 1-2 sebelum masa rehat.

Namun, Albirex gagal belajar daripada kesilapan dalam separuh masa pertama, apabila benteng pertahanan mereka terlalu ‘terbuka’.

Ini menyebabkan penjaga gawang kebangsaannya, Hassan Sunny, ditewaskan lima kali dalam separuh masa kedua.

Gol LCS dijaringkan oleh Shawal Anuar, Lennart Thy, Bailey Wright, Song Ui-young, Maxime Lestienne dan Bart Ramselaar (dua gol).

Dalam perlawanan pada 22 Jun, Brunei DPMM dan Geylang International seri 3-3 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, manakala Tanjong Pagar kecundang 3-2 di tangan Young Lions di Stadium Jalan Besar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg