Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Syarikat pemula S’pura bantu cungkil bakat di Laos

Jan 22, 2024 | 04:24 PM



Sebuah syarikat pemula teknologi Singapura, Koach Hub, telah menandatangani perkongsian bersama Persekutuan Bola Sepak Laos (LFF) untuk meningkatkan operasi analisis data dan mengenal pasti bakat bola sepak di seluruh negara itu. 

Perkongsian itu akan membolehkan data daripada perlawanan di kawasan terpencil Laos untuk dimasukkan dengan lancar ke dalam platformnya, menyediakan jurulatih dan penganalisis akses mudah kepada kumpulan bakat negara itu, kata Koach Hub dalam satu kenyataan pada 21 Januari.

Penglibatan Koach Hub dalam LFF menambah kepada pengaruh Singapura di negara itu.

Bekas pemain dan legenda bola sepak Singa, V Sundramoorthy, adalah pengarah teknikal LFF, manakala warga Singapura, Herman Zailani, dilantik sebagai ketua pembelajaran jurulatih persekutuan itu.

Perkongsian itu bermula pada hujung minggu lalu dan akan berlangsung selama beberapa tahun, kata pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Koach Hub, Tariq Cassim kepada Berita Harian (BH).

Koach Hub ditubuhkan bagi mengisi jurang data untuk mengesan pembangunan pemain belia di Singapura.

Syarikat itu, yang dilancarkan pada 2021, kini telah mengembangkan sayapnya ke 11 negara, termasuk Australia, Belanda, India dan Indonesia.

Tariq berkata data pemain amat penting dalam era bola sepak masa kini, terutama di peringkat belia.

“Dengan data, profil pemain belia dapat dihantar kepada kelab luar negara untuk memudahkan pemindahan dan ini meningkatkan semangat pemain dan menyediakan mereka peluang. 

“Di sinilah platform kami berguna untuk kelab, akademi dan sekolah, kerana dunia semakin beralih ke arah data dan sudah tentu, dengan mempunyai data, pemain dapat melangkah ke tahap seterusnya,” kongsi beliau.

Sundramoorthy, yang menggalas tugas pengarah teknikal LFF sejak Oktober 2021, berkata dengan platform Koach Hub, Akademi Bola Sepak Champi Champa, yang merupakan nadi pembangunan belia negara itu, akan menjalani pendigitalan yang menyeluruh.

“Ini bermakna setiap operasi dalam akademi akan disepadukan dengan lancar, dengan penekanan yang kuat pada data pemain. Ia adalah satu langkah besar ke arah memupuk pendekatan yang dipacu data dan komprehensif untuk pembangunan pemain,” kata beliau, juga bekas jurulatih pasukan nasional Singapura.

Herman, yang menyertai Sundramoorthy pada Januari 2023, menambah bahawa platform Koach Hub juga akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan jurulatih dalam LFF. 

“Platform ini menawarkan alat terkini untuk analisis data, reka bentuk program latihan dan penilaian prestasi pemain. Ini memastikan jurulatih dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memaksimumkan impak mereka terhadap pembangunan pemain, memberikan mereka pandangan yang sebelum ini tidak boleh diakses,” kata bekas jurulatih di kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Tanjong Pagar United.

Di tanah air, kelab SPL, Albirex Niigata, adalah antara yang telah menggunakan platform data Koach Hub.

Tariq mendedahkan bahawa Koach Hub juga sedang dalam perbincangan untuk menyediakan khidmatnya kepada Persatuan Bola Sepak Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >