Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sailors buru jurulatih baru selepas gugur jurulatih ketiga dalam 4 tahun

Risto Vidakovic tinggalkan Lion City Sailors sedang ia buat persiapan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia
Jun 20, 2023 | 01:57 PM



Lion City Sailors, satu-satunya kelab bola sepak swasta setempat kini sedang dalam proses melantik jurulatih baru selepas ia menggugurkan jurulatih ketiga dalam empat tahun.

Menurut laporan The Straits Times, kelab yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL) itu mengejutkan ramai pada Isnin selepas ia mengeluarkan kenyataan 129 perkataan di laman web rasmi, di mana ia mengumumkan perpisahan dengan Risto Vidakovic.


Ia berkata keputusan itu dipersetujui kededua pihak.

Kelab itu juga berkata ia sedang mencari pengganti bagi Vidakovic.

Buat masa ini, jurulatih pasukan bawah 21 tahun Sailors, Daan van Oudheusden dan penolong jurulatih pasukan senior, Pablo Muniz, akan mengambil alih jawatan itu buat sementara.

Perlawanan seterusnya bagi Sailors dalam SPL adalah di laman sendiri pada Ahad, menentang Hougang United.

Pengarah teknikal Sailors, Luka Lalic, berkata: “Seronok bekerja dengan Risto.

“Walaupun malangnya kami bergerak ke arah yang berbeza, kami mengucapkan terima kasih atas komitmennya kepada pasukan sejak dia menjejakkan kaki di Mattar Road.”

Menyusuli pelantikannya pada Disember, Vidakovic, yang pernah memenangi liga di Filipina dan Maldives, telah berjanji memperkenalkan gaya bola sepak yang bersifat ‘menyerang’, di mana pemain menyimpan bola dan memberi tekanan ke atas lawan di bahagian pertahanan mereka.

Namun, meskipun memiliki dua penyerang asing terbaik liga, Maxime Lestienne dan Diego Lopes, Sailors belum betul-betul menyerlah dalam SPL.

Walaupun mereka mencatat kemenangan pertama mereka ke atas juara Albirex Niigata pada Mei, mereka kini menduduki tangga ketiga dalam liga yang terdiri daripada sembilan pasukan.

Mereka telah mengumpul 30 mata daripada 14 perlawanan, tiga mata di belakang Tampines Rovers dan Albirex Niigata, dengan kelab dari Jepun itu mempunyai kelebihan satu perlawanan ke atas kededua Stags dan Sailors.

Difahamkan bahawa walaupun jurang mata dan gaya permainan menyumbang kepada pemergian Vidakovic, keputusan Sailors untuk menggugurkannya itu masih mengejutkan pemain kerana warga Serbia itu meninggalkan kelab selepas mencapai kadar kemenangan terbaik (sembilan dalam 14 perlawanan) berbanding jurulatih Sailors yang sebelumnya.

Kapten Sailors, Hariss Harun, berkata: “Risto cuba memperkenalkan gaya permainan yang kami semua menikmati.

“Walaupun kami tidak meraih keputusan yang kami inginkan pada awalnya, kami sudah mudah mencapai ke tahap yang kami mahu dalam pusingan kedua SPL, jadi ini pastinya bukan sesuatu yang kami jangkakan.

“Risto sentiasa mengutamakan kepentingan terbaik pemain – dia menyokong kami – dan dia sudah menunjukkannya beberapa kali.

“Dia memberikan kami semua yang kami perlukan supaya kami dapat memberikan yang terbaik, dan kami semua sangat menghargai kepercayaan yang dia ada terhadap kami.”

Sementara itu, Sailors sedang menantikan penyertaan mereka semula dalam Liga Juara-Juara Asia selepas mereka disahkan layak ke pusingan kumpulan berikutan keputusan Korea Utara untuk menarik diri dari pertandingan.

Semasa penampilan sulung mereka dalam pertandingan kelab Asia terunggul itu pada 2022, Sailors melakukan kejutan dengan mencatat dua kemenangan dan satu seri, termasuk menang 3-0 ke atas Daegu FC dari Korea Selatan.

Hariss menggesa rakan sepasukannya untuk meraih inspirasi daripada persembahan itu, sambil menambah: “Kami dahaga untuk merampas semula gelaran SPL. Bermain dalam Liga Juara-Juara AFC yang lalu juga satu pengalaman menarik, dan kami mahu memberikan paparan yang lebih baik kali ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >