Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sailors gagal ganti Tampines di puncak liga; Balestier belasah Young Lions 7-2

Sep 2, 2024 | 10:24 AM
Pemain Geylang International, Tomoyuki Doi, menjaringkan penalti dalam perlawanan dengan Lion City Sailors di Stadium Bishan pada 30 Ogos. Perlawanan itu berkesudahan seri 2-2.
Pemain Geylang International, Tomoyuki Doi, menjaringkan penalti dalam perlawanan dengan Lion City Sailors di Stadium Bishan pada 30 Ogos. Perlawanan itu berkesudahan seri 2-2. - Foto ST

Harapan Lion City Sailors untuk mengakhiri hujung minggu dengan menduduki tangga teratas Liga Perdana Singapura (SPL) tidak kesampaian apabila ia diikat seri oleh Geylang International di Stadium Bishan.

Sailors dua kali mendahului pasukan lawan, mula-mula menerusi Bart Ramselaar pada awal separuh kedua, sebelum beliau sendiri merintis peluang gol bagi Maxime Lestienne untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-65.

Namun, Geylang berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua gol jaringan Tomoyuki Doi, yang kini telah menjaringkan 22 gol dalam 14 perlawanan.

Keputusan itu mengecewakan, tetapi tidak menghancurkan harapan Sailors bertarung untuk kejuaraan – ia kini hanya dua mata di belakang Tampines yang menduduki tangga teratas liga.

Namun, jadual padat menanti anak didik Aleksandar Rankovic selepas tempoh perlawanan antarabangsa dua minggu yang telah bermula. Pasukannya bakal turun beraksi dalam enam perlawanan dalam tempoh 20 hari.

“Saya lega kerana tiada pemain yang cedera tetapi beberapa lagi pemain kini beraksi dengan pasukan nasional. Sekurang-kurangnya, kami kini mempunyai dua minggu untuk membuat persiapan bagi tempoh yang amat sukar,” ujar Rankovic yang berasal dari Serbia.

Dua lagi perlawanan pada hujung minggu terakhir Ogos berakhir dengan keputusan seri. 

Hougang dan Tampines Rovers terpaksa berkongsi mata selepas perlawanan mereka berakhir 1-1.

Kededua pasukan juga menamatkan perlawanan dengan 10 pemain. Pemain Tampines, Taufik Suparno, dibuang padang pada minit ke-90, diikuti Ismail Salihovic dalam masa kecederaan.

Tanjong Pagar juga diikat 1-1 oleh Brunei DPMM sementara Balestier Khalsa membelasah Young Lions 7-2.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg