Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sailors sasar ‘sapu’ semua trofi domestik musim 2024/25

Menjelang permulaan musim baru Liga Perdana Singapura (SPL) pada minggu depan, juara bertahan Lion City Sailors berentap dengan BG Tampines Rovers dalam perlawanan Perisai Masyarakat untuk menetapkan standard dari awal lagi. Pertemuan tradisi ini bukan sahaja menandakan permulaan musim, malah menjadi medan awal bagi pasukan untuk menguji kekuatan, membuktikan keazaman, dan memberi amaran awal kepada pencabar mereka.
Aug 15, 2025 | 4:25 PM
Jurulatih Lion City Sailors, Alexander Rankovic, berjaya tiga kejuaraan domestik dan membawa pasukannya ke final Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) dalam musim 2024/25, mencatat sejarah bola sepak Singapura.
Jurulatih Lion City Sailors, Alexander Rankovic, berjaya tiga kejuaraan domestik dan membawa pasukannya ke final Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) dalam musim 2024/25, mencatat sejarah bola sepak Singapura. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Selepas 2024 yang bersejarah untuk Lion City Sailors – memenangi Liga Perdana Singapura (SPL), Piala Singapura dan Perisai Masyarakat Singapura, serta menjadi kelab pertama dari Singapura yang mara ke final kejohanan benua, ACL2, Sailors kini menghadapi musim baru dengan harapan yang tinggi.

Untuk musim akan datang, ketua jurulatih, Alexander Rankovic, menekankan Sailors, berbekal pencapaiannya musim lalu, akan terus berusaha untuk menguasai segala kejohanan domestik serta melangkah seberapa jauh yang termampu dalam pertandingan peringkat benua.

Musim domestik buat Sailors bermula pada 16 Ogos apabila Sailors menentang BG Tampines Rovers dalam Perisai Masyarakat di Stadium Jurong East – satu peluang awal untuk tetapkan rentak musim ini.

Menyusuli itu, ia bertemu Hougang dalam perlawanan liga pertama, pada 25 Ogos.

“Tahun lepas menunjukkan kepada kami bagaimana Perisai Masyarakat dan memenanginya boleh membantu kami langkah kanan dalam musim yang luar biasa,” kata jurulatih berusia 47 tahun itu.

“Ia mungkin tidak dilihat sebagai trofi utama kepada sesetengah pihak, tetapi kami menganggapnya sama seperti mana-mana pertandingan lain. Kami akan mengambil perlawanan ini dengan sangat serius.”

Bagaimanapun, beliau tidak mahu terlalu ghairah meletakkan sasaran yang keterlaluan untuk musim akan datang.

Selepas kejayaan luar biasa dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) musim lalu, beliau akur cabaran musim ini mungkin lebih sukar bagi pasukannya.

“Apa yang kami capai musim lalu adalah sesuatu yang luar biasa, dan sukar untuk diulang – tetapi kami sedia menyahut cabaran itu,” kata Rankovic.

Untuk memperkukuh usaha mereka memburu kejayaan lebih besar musim ini, pasukan Sailors telah buat beberapa tambahan bijak seperti membawa masuk penjaga gol Croatia, Ivan Sušak; pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin; pemain tengah Jerman-Kamerun, Tsiy Ndenge; dan penyerang Brazil, Anderson Lopes, sambil mengekalkan barisan utama skuad yang mencipta sejarah musim lalu.

Mengimbas kembali kejayaan 2024, Rankovic menegaskan bahawa ia bukan kejayaan peribadinya, tetapi kejayaan seluruh pasukan – termasuk staf kejurulatihan dan semua yang terlibat dalam kelab.

Kekuatan sebenar pasukan, katanya, datang daripada hubungan erat antara pemain dan staf, terutamanya ketika melalui detik-detik sukar musim lalu.

Apabila ditanya bagaimana beliau mengekalkan motivasi pemain di kelab sebesar LCS, beliau menjawab bahawa ia bukan tugas sukar.

Dalam dua musim terakhir, beliau tidak menghadapi masalah untuk memberi motivasi kepada pemain - kerana mereka sedar bahawa mereka berada di sana untuk bersaing.

Sailors tidak sekadar mahu sertai kejohanan, malah mereka mahu bertanding dan memberi saingan sengit tidak kira siapa mereka berdepan.

Itulah mentaliti yang dibawa, dan pemain menyambutnya dengan baik.

Cabaran serantau menanti dalam Kumpulan B Piala Shopee di mana mereka akan bersaing bersama pasukan Thailand, Bangkok United, pasukan Malaysia, Johor Darul Ta’zim, pasukan Vietnam, Nam Dinh dan pasukan Kemboja, Svay Rieng.

Perlawanan Piala Shopee pertama mereka berlangsung pada 21 Ogos di Stadium Sultan Ibrahim menentang JDT.

Sementara aitu, dalam kempen ACL2 pula, Sailors berada dalam Kumpulan G bersama Bangkok United, pasukan Malaysia, Selangor FC dan pasukan Indonesia, Persib Bandung.

Namun, kejayaan dalam kejohanan hanya pencapaian sampingan kata beliau.

Secara peribadi, apa yang paling memotivasikan beliau sebagai jurulatih adalah melihat perkembangan pemain, terutamanya pemain tempatan.

“Apabila saya melihat beberapa pemain tempatan dalam dua tahun kebelakangan ini dan bagaimana mereka telah berkembang sepanjang tempoh itu, itulah yang paling memberi saya motivasi,” ujar Rankovic yang sertai Sailors pada 2023.

“Jadi itulah matlamat utama saya – untuk mendorong mereka ke tahap maksimum dan menjadikan mereka benar-benar kompetitif. Sebab kalau semangat itu tiada dalam diri, lebih baik jangan main bola sepak. Anda mesti ada sifat ingin bersaing.”

Tiga pemain tumpuan

Lennart Thy, penyerang (33 tahun)

Penyerang Jerman, Lennart Thy (tengah), merupakan penjaring gol terbanyak Lion City Sailors dengan 28 gol musim lalu. Beliau akan menantikan peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol dalam musim 25/26.
Penyerang Jerman, Lennart Thy (tengah), merupakan penjaring gol terbanyak Lion City Sailors dengan 28 gol musim lalu. Beliau akan menantikan peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol dalam musim 25/26. - Foto ST

Safuwan Baharudin, pemain pertahanan (33 tahun)

Tonggak pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin menyertai Lion City Sailors secara pinjaman dari Selangor FC untuk musim 2025/26. Kehadirannya memperkukuhkan lagi barisan pertahanan Sailors.
Tonggak pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin menyertai Lion City Sailors secara pinjaman dari Selangor FC untuk musim 2025/26. Kehadirannya memperkukuhkan lagi barisan pertahanan Sailors. - Foto BH oleh KHALID BABA

Anderson Lopez, penyerang (31 tahun)

Penyerang Brazil, Anderson Lopes, menjaringkan 22 gol pada 2023 dan 24 gol pada 2024, menjadikannya penjaring terbanyak Liga 1 Jepun untuk dua tahun berturut-turut sebelum menyertai Lion City Sailors. Ketajaman beliau akan menjadikan barisan serangan LCS semakin berbisa.
Penyerang Brazil, Anderson Lopes, menjaringkan 22 gol pada 2023 dan 24 gol pada 2024, menjadikannya penjaring terbanyak Liga 1 Jepun untuk dua tahun berturut-turut sebelum menyertai Lion City Sailors. Ketajaman beliau akan menjadikan barisan serangan LCS semakin berbisa. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg